Semakan Keputusan Permohonan KPTM 2021 Online

Semakan Keputusan Permohonan KPTM 2021 Online. Bilakah tarikh semakan keputusan KPTM ambilan 2021? Panduan buat calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) ambilan 2021. Untuk makluman, semakan keputusan KPTM boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui portal rasmi KPTM.

Semakan Keputusan Permohonan KPTM 2019 Online

Semakan Keputusan Permohonan KPTM 2021 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan KPTM termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Kolej Poly-Tech MARA atau ringkasnya KPTM adalah sebuah institusi pendidikan di Malaysia yang ditubuhkan oleh Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd dan didaftarkan sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Sehingga ini terdapat 9 kolej cawangan KPTM di seluruh Malaysia.

Cara Semak Keputusan KPTM 2021 Online

1. Bagi pelajar yang telah membuat permohonan KPTM boleh membuat semakan keputusan secara online di portal rasmi KPTM menerusi pautan http://application.kptm.edu.my/v2/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan atau IC anda dan Nombor Keselamatan yang tertera di kotak.

3. Kemudian, klik pada butang ‘Hantar’.

4. Akan dipaparkan keputusan permohonan anda sama ada status lulus atau gagal.

Sebarang pertanyaan tentang kemasukan KPTM, sila hubungi di :

Kolej Poly-Tech MARA
Level 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin
Perkasa, Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-9179 5600
No. Fax : 03-9281 7491
Email : marketing@gapps.kptm.edu.my

BACA JUGA : Permohonan Kolej Poly-Tech MARA 2021

Leave a Reply