Semakan Penyata Baki SSPN-i Plus Online | Bagaimana cara semakan penyata akaun SSPN-i Plus? Panduan buat anda yang telah membuka akaun SSPN-i Plus. Untuk makluman, kini anda boleh membuat semakan penyata atau baki akaun SSPN-i Plus secara online menerusi portal rasmi PTPTN. Dengan adanya sistem online, anda tak perlu lagi menyemak penyata di cawangan PTPTN. Berikut adalah cara semakan penyata akaun SSPN-i Plus Online!
Semakan Penyata Baki SSPN-i Plus Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan baki penyata SSPN-i Plus termasuk aplikasi semakan :
● Langkah Pertama : Layari ke laman web rasmi PTPTN dengan klik pautan seperti berikut ;
Aplikasi semakan : http://www.ptptn.gov.my/.
● Langkah Kedua : Pilih icon berwarna kuning ‘Semakan Penyata SSPN-i/ SSPN-i Plus’.
● Langkah Ketiga : Masukkan nombor kad pengenalan pendeposit.
● Langkah Keempat : Pilih penyata sama ada Penyata Akaun SSPN-i atau Penyata Akaun SSPN-i Plus.
● Langkah Kelima : Sila daftar terlebih dahulu bagi pengguna baru sebelum boleh login masuk akaun. Kemudian dah daftar, login akaun anda.
● Langkah Keenam : Pilih ‘Penyata‘ atau ‘Penyata Hasil‘. Selesai boleh lihat penyata bulanan akaun SSPN-i Plus.
BACA JUGA : Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online & SMS
Selamat membuat semakan penyata akaun SSPN-i Plus secara online. Semoga perkongsian ini memudahkan anda untuk menyemak baki akaun SSPN.