Semakan PKSK 2025/2026 Online (Lokasi & Pusat Ujian). Bilakah tarikh semakan pusat Ujian PKSK? Panduan buat pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus tahun 2025. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Semakan Ujian PKSK boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web KPM.
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus atau ringkasnya PKSK adalah merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point. Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM layak untuk memohon dan menduduki PKSK.
Semakan PKSK 2025/2026 Online (Lokasi & Pusat Ujian)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus termasuk memaparkan semakan, lokasi dan pusat Ujian PKSK :
Tarikh PKSK Dijalankan
PKSK akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan di seluruh negara pada 12 Oktober hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan pada 26 Oktober hingga 6 November 2020 bagi Tingkatan 4 (Empat).
Semak Kelayakan Menduduki Ujian PKSK 2025
1. Hanya murid yang didaftarkan di dalam APDM layak memohon dan menduduki ujian PKSK.
2. Semua murid yang telah membuat permohonan boleh semak pusat untuk menduduki PKSK di laman sesawang KPM www.moe.gov.my pada 07 Oktober hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan pada 12 Oktober hingga 6 November 2020 bagi Tingkatan 4 (Empat).
Format PKSK & Cara Dilaksanakan
PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa. Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
Cara Semak Lokasi PKSK 2025 Online
- Layari secara online menerusi laman web rasmi KPM https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.
- Pada ruangan Nombor MyKid/MyKad Pemohon, sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anak.
- Pada ruangan Nombor MyKad Penjaga Utama, masukkan Nombor Kad Pengenalan ibu, bapa atau penjaga.
- Tekan pada butang “Klik Untuk Semak” untuk ketahui status keputusan anda.
Semakan Status Permohonan PKSK Online
Keputusan permohonan kemasukan ke sekolah khusus bagi Tingkatan 1 akan diumumkan pada 15 Januari 2021 di pautan https://spskt1.moe.gov.my manakala bagi Tingkatan 4 pada 5 Februari 2021 di pautan https://spskt4.moe.gov.my
Soalan Lazim Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus
1. Adakah calon dikenakan bayaran untuk menduduki PKSK?
Tidak, tiada sebarang bayaran dikenakan bagi tujuan tersebut.
2. Bolehkah PKSK dilaksanakan di rumah masing-masing?
Tidak boleh. PKSK hanya boleh dilaksanakan di pusat-pusat PKSK yang telah ditetapkan.
3. Bolehkah calon menukar pusat PKSK sekiranya pusat yang ditetapkan itu terletak jauh dari rumah.
Calon tidak dibenarkan untuk menukar Pusat PKSK kerana pusat yang ditetapkan untuk menduduki PKSK adalah berdasarkan pilihan calon.
BACA JUGA: Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus