Senarai Kursus Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP 2024

Senarai Kursus Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP 2024. Apakah kursus pengajian yang ditawarkan di IKB MAIWP? Panduan buat lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian ke Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP (IKB) ambilan 2024 dibuka sehingga 22 Oktober 2023. Berikut merupakan senarai kursus yang ditawarkan di Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP.

Senarai Kursus Institut Kemahiran Baitulmal 2024

Senarai Kursus Institut Kemahiran Baitulmal 2024

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang senarai kursus Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP termasuk memaparkan cara permohonan :

Institut Kemahiran Baitulmal atau ringkasnya IKB ditubuhkan pada tahun 1991 sebagai salah satu usaha MAIWP untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan di Malaysia amnya dengan cara memberi  mereka peluang menjalani latihan kemahiran di sebuah Institut Kemahiran yang tersusun supaya mereka boleh berdikari setelah tamat mengikuti kursus ini nanti. IKB juga menawarkan kursus kemahiran yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Senarai Kursus Ditawarkan di IKB MAIWP

1. KURSUS KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

  • Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Transkrip Peperiksaan
  • SKM Tahap 2 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Satu Fasa
  • SKM Tahap 3 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Tiga Fasa
  • Sijil Kekompetenan Pendawaian Tiga Fasa & Endorsan (PW 4)
  • Sijil Kecekapan Kemahiran SKK Elektrik dari CIDB

2. KURSUS PERKHIDMATAN DAN PENYAJIAN MAKANAN

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

  • Sijil Perkhidmatan Dan Penyajian Makanan dan Transkrip Peperiksaan
  • SKM Tahap 1 – Pembantu Penyedia Makanan
  • SKM Tahap 1 – Penyedia Makanan

3. KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN LELAKI

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

  • Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Lelaki dan Transkrip Peperiksaan
  • Sijil SKM Tahap 1- Pembuat Pakaian Lelaki
  • Sijil SKM Tahap 2- Pembuat Pakaian Lelaki Kanan
  • Sijil SKM Tahap 3- Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki

4. KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITA

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

  • Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Wanita dan Transkrip Peperiksaan
  • SKM Tahap 1- Pembuatan Pakaian Wanita
  • SKM Tahap 2- Pembuatan Pakaian Wanita
  • SKM Tahap 3- Pembuatan Pakaian Wanita

5. KURSUS SENI LUKIS DAN SENI REKA

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

  • Sijil Seni Lukis Dan Senireka dan Transkrip Peperiksaan

6. KURSUS TEKNOLOGI BINAN BANGUNAN

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

  • Sijil Teknologi Binan Bangunan dan Transkrip Peperiksaan
  • Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dari CIDB

NOTA: Untuk dapatkan senarai lengkap kursus IKB boleh rujuk di sini.

TEMPOH KURSUS

  • Tempoh kursus : 2 tahun @ 4 semester
  • Kelas : Isnin hingga Jumaat
  • Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Cuti : Ahad, Sabtu dan Cuti Umum

KEMUDAHAN PENGAJIAN 

1. Blok akademik dan pentadbiran

2. Blok asrama yang dapat menampung 300 hingga 350 orang.

3. Dewan serbaguna yang dapat menampung 500 orang.

4. Kemudahan perpustakaan.

5. Kemudahan peralatan dan bahan kursus.

6. Kelengkapan pakaian seragam kepada setiap pelajar.

7. Kemudahan peralatan sukan dan rekreasi.

Cara Permohonan Kemasukan IKB MAIWP 2024 Online

Permohonan IKB boleh dibuat secara online di laman web https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/institusi-pendidikan/institut-kemahiran-baitulmal

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian:

Lot 1363, Jalan Perkasa Off
Jalan Kampung Pandan
Taman Maluri
55100 KUALA LUMPUR
No. Tel: 03 9283 0198
No. Faks: 03 9281 1387

BACA JUGA: Permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP

SUMBER

Leave a Reply