Syarat Kemasukan Tingkatan 6 2021 Terkini

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 2021 Terkini. Berminat melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam? Panduan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam tahun 2020. Menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam (6) adalah antara satu pilihan terbaik buat pelajar lepasan SPM selain Universiti Awam. Syarat kemasukan tingkatan 6 juga tidak terlalu sukar dan ianya menjadi pilihan kebanyakan pelajar kerana laluan mudah untuk terus ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jadi apakah syarat kemasukan Tingkatan 6 terkini?

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 2021 Terkini

Pelajar lepasan SPM tidak perlu membuat permohonan kemasukan Tingkatan 6 kerana bagi calon yang melepasi syarat kelayakan Tingkatan 6 akan ditawarkan secara automatik sama ada dalam aliran Sains Sosial (Kemanusiaan & Agama) atau aliran Sains. Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 ambilan baharu boleh disemak secara online sekitar bulan April. Keputusan tawaran STPM kebiasaanya diumumkan selepas keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 2021 Terkini

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Tingkatan Enam yang merangkumi syarat am dan syarat khas :

Syarat Am Kemasukan Tingkatan 6

ii. Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.

ii. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2020.

ARTIKEL BERKAITAN : Semakan Syarat Kelayakan UPU IMASCU Online

Syarat Khas Kemasukan Tingkatan 6

A. JURUSAN SAINS

1. Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

● Matematik/ Matematik Tambahan

● Fizik

● Kimia

● Biologi

● Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Teknologi Kejuruteraan/ Information And Communication Technology/ Pengajian Agroteknologi

● Pengurusan Makanan/ Pengajian Pakaian

B. JURUSAN SAINS SOSIAL

1. Sekolah Menengah Harian

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

● Bahasa Melayu

● Bahasa Inggeris

● Kesusasteraan Melayu/ Literature in English

● Sejarah

● Geografi/ Pendidikan Seni Visual

● Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari

● Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral

● Matematik/ Matematik Tambahan

● Prinsip Perakaunan

● Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science

● Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

● Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah

● Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science and Technology

● Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

2. Sekolah Menengah Agama

a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

i. Bahasa Melayu

ii. Bahasa Inggeris

iii. Kesusasteraan Melayu/ Literature in English

iv. Sejarah

V. Geografi/ Pendidikan Seni Visual/ Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari

Vi. Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral

Vii. Matematik/ Matematik Tambahan

Viii. Prinsip Perakaunan

Viiii. Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

x. Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science

xi. Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah

xii. Pendidikan Syariah Islamiah

xiii. Bahasa Arab

xiiii. Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

BACA JUGA : Permohonan Tingkatan 6 2021 KISAS & SMAP LABU

Sumber : KPM

Leave a Reply