Permohonan Biasiswa Petronas 2025 PESP Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Petronas 2025 PESP Online (Semakan Keputusan). Berita baik buat pelajar IPTA/IPTS yang memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, PETRONAS mempelawa kepada mereka yang berkelayakan dan berminat untuk membuat permohonan Biasiswa Petronas bagi mengikuti Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) tahun 2025. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman portal PETRONAS bermula daripada 24 April hingga 30 April 2025.

Permohonan Biasiswa Petronas 2024 PESP Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Petronas 2025 PESP Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Program Penajaan Pendidikan PETRONAS termasuk memaparkan syarat kelayakan, bidang pengajian, aplikasi permohonan dan cara hubungi :

Tarikh Permohonan: 24 April – 30 April 2025

Syarat Kelayakan Biasiswa Petronas 2025

Antara syarat-syarat kelayakan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS yang perlu diikuti adalah seperti berikut :

a. Calon adalah warganegara Malaysia sahaja.

b. Hanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 sahaja.

c. Mencapai minimum 8A layak memohon Penajaan Pendidikan PETRONAS Powering Knowledge (Lepasan SPM) 2025.

Senarai Bidang Pengajian Ditaja Biasiswa Petronas

  • Perakaunan / Kewangan
  • Sains Aktuari
  • Sains Data / Kejuruteraan Data
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum
  • Geologi / Geofizik / Geosains
  • Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan / Perniagaan Antarabangsa
  • Perundangan
  • Psikologi / Sosiologi
  • IT / Kejuruteraan Persian / Sains komputer
  • Pemasaran
  • Kimia Gunaan

Cara Permohonan Biasiswa Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Online

1. Permohonan biasiswa ini boleh dibuat secara online melalui portal https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS

2. Klik pada butang ‘register’.

3. Lengkapkan maklumat yang diberikan.

NOTA: PETRONAS akan memberitahu pemohon yang layak melalui SMS & E-mel.

Untuk makluman lanjut sila hubungi di talian 03 2331 2277 atau emel ke edu_sponsorship@petronas.com.

BACA JUGA: Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT

Leave a Reply