Permohonan PISMP 2025 Online Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Permohonan PISMP 2025 Online Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Panduan buat anda yang berminat membuat permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan tahun 2025. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022, 2023 dan 2024 yang berkelayakan, berpotensi, berminat serta beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula pada 24 Februari hingga 16 Mac 2025 di laman web rasmi https://pismp.moe.gov.my.

Permohonan PISMP 2025 Online Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Permohonan PISMP 2025 Online Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan:

Tarikh permohonan: 24 Februari – 16 Mac 2025

Apakah Itu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan?

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syarat Kelayakan PISMP IPG 2025

Antara syarat-syarat kelayakan PISMP IPG adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2005.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Sihat tubuh badan.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Tarikh Penting Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2025

  • Tarikh Permohonan: 24 Februari – 16 Mac 2025
  • Semak layak e-UKCG: 18 Mac 2025
  • Pelaksanaan e-UKCG: 24 – 28 Mac 2025 & 7 – 11 April 2025
  • Kemaskini maklumat permohonan PISMP: 5 – 7 Mei 2025
  • Semakan layak temuduga & UKF: 14 Mei 2025
  • Pelaksanaan temuduga & UKF: 19 – 23 Mei 2025, 26 – 30 Mei 2025 & 3 – 4 Jun 2025
  • Keputusan IPG: 19 Jun 2025
  • Pendaftaran PISMP: 11 Ogos 2025

Cara Permohonan IPG PISMP Online

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web
https://pismp.moe.gov.my.

Semakan Keputusan PISMP 2025 Online

Bagi lepasan SPM boleh menyemak keputusan PISMP ambilan 2025 bermula pada 19 Jun 2025. Manakala, bagi calon PISMP lepasan STPM, STAM dan Matrikulasi boleh semak keputusan bermula pada 28 Julai 2025.

Soalan Lazim Tentang PISMP

1. Berapakah pilihan bidang yang boleh dibuat?

Pemohon perlu membuat dua pilihan bidang sahaja.

2. Bolehkan saya memohon PISMP menggunakan kemasukan lepasan SPM
walaupun saya lepasan STPM/ STAM/ Matrikulasi?

BOLEH. Sekiranya anda ingin memohon PISMP dengan menggunakan keputusan
SPM, permohonan anda tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di bawah PISMP
kemasukan lepasan SPM.

3. Apakah e-UKCG?

e-UKCG merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG.

4. Bolehkah saya menukar tempat pengajian?

Tempat pengajian yang ditawarkan adalah muktamad. Anda TIDAK dibenarkan menukar tempat pengajian yang ditetapkan.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6731/6768/6760/6733/6693

BACA JUGA: Senarai Institut Pendidikan Guru

One Response

  1. NUR AMEERA BINTI AZLI July 8, 2021

Leave a Reply