Permohonan PISMP IPG Fasa 2 2020 Online

Permohonan PISMP IPG Fasa 2 2020 Online. Panduan buat anda yang berminat membuat permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tahun 2020. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian ambilan Fasa 2 tahun 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi PISMP mulai 6 Julai hingga 12 Julai 2020.

Permohonan PISMP IPG Fasa 2 2020 Online

Tawaran ini dibuka bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Permohonan PISMP IPG Fasa 2 2020 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 6 Julai – 12 Julai 2020

Syarat Kelayakan PISMP 2020

Antara syarat-syarat kelayakan PISMP IPG adalah seperti berikut :

  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan
Permohonan PISMP IPG Fasa 2 2020 Online

Cara Mohon PISMP IPG FASA 2 2020

Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web PISMP https://pismp.moe.gov.my.

Soalan Lazim PISMP 2020

1. Nak tanya, jika dah terima tawaran kemasukan ke tingkatan 6, adakah masih boleh membuat permohonan IPG ini?

Boleh.

2. Adakah nombor pin diperlukan untuk membuat permohonan fasa 2 ini?

Tidak perlu.

3. Jika saya pernah menolak permohonan kemasukan ke Universiti, adakah masih boleh membuat permohonan ini?

Boleh.

4. Saya pernah mohon PISMP tempoh hari. Akan tetapi gagal pada bahagian temuduga. Adakah saya masih dibolehkan untuk membuat permohonan?

Ya. Boleh.

5. Saya sedang menunggu keputusan UPU. Boleh mohon tak?

Boleh.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

  • Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Alamat : Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya
  • Hubungi : +603-8312 6666
  • Fax : +603-8312 6655
  • Email : admin.ipgm@ipgm.edu.my

BACA JUGA : Senarai Institut Pendidikan Guru (IPG) Seluruh Malaysia

Leave a Reply