Permohonan UNIPSAS 2024 Online Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Bilakah tarikh kemasukan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ambilan baharu? Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) bagi sesi pengajian tahun 2024. UNIPSAS telah menawarkan beberapa program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master dan PHD. Bagi pelajar tempatan boleh mengemukakan permohanan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah tahun 2024 secara dalam talian (online) menerusi portal https://portal.unipsas.edu.my.
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah atau dulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah adalah universiti swasta yang terletak di Jalan Gambang, Kuantan, Pahang. Kini, UnIPSAS menawarkan 27 program pengajian untuk peringkat asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana.
Permohonan UNIPSAS 2024 Online Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah termasuk memaparkan senarai program dan cara mohon:
Senarai Program Ditawarkan Di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
DIPLOMA
- Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah Dan Pengurusan
- Diploma Peradaban Islam
- Diploma Bahasa Arab
- Diploma Pengajian Media Islam
- Diploma Kaunseling Islam
- Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara Islamik
- Diploma Pengajian Quran Dan Sunnah
IJAZAH
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dan Sunnah Dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Dakwah Islamiah Dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Dengan Pengurusan Islam (Kepujian)
- Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian)
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara Islamik (Kepujian)
SARJANA
- Sarjana Pengajian Islam
- Master of Education Teaching English as a Second Language
Cara Mohon Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah 2024
1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi portal https://portal.unipsas.edu.my/application.
2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
3. Sila sediakan dokumen-dokumen berikut untuk pendaftaran iaitu;
- 4 keping gambar berukuran passport
- 1 salinan kad pengenalan pemohon
- 1 salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga
- 1 salinan sijil berhenti sekolah
- 1 salinan sijil SPM
- 1 salinan STPM / STAM / MATRIKULASI / MUET / DIPLOMA (jika ada)
- 1 salinan surat tawaran
- Maklumat Peribadi Pelajar dan Borang Pemeriksaan Kesihatan
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di talian:
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS)
Km 8, Jalan Gambang
25150 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Phone : +609 553 5555
Fax : +609 536 4421
Email : pro@unipsas.edu.my
BACA JUGA : Senarai Universiti Swasta Di Malaysia
SALAM….BILA TARIKH TUTUP PERMOHONAN YE? CALON YANG TENGAH MENUNGGGU RESULT SPM BOLEH MEMOHON KE? BAHAGIAN UNTUK ISI PEKERJAAAN, SEKIRANYA CALON TIDAK BEKERJA, NAK TULIS MACAMANA YE SEBAB BAHAGIAN TU NAK KENA ISI BIDANG PEKERJAAN DLL. SAYA KURANG FAHAM MACAMANA NAK ISI. HARAP TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA
Untuk maklumat lanjut terus ke laman web unipsas. Ada tutorial permohonan.