Aplikasi Pengumpulan Pemasangan Instrumen (APPI) KPM: Muat Turun Soalan UASA. Apa itu APPI KPM? Panduan buat pelajar dan guru yang ingin mengetahui Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu peperiksaan baharu iaitu Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) buat pelajar sekolah rendah dan menengah. UASA bakal dilaksanakan untuk menggantikan peperiksaan UPSR dan PT3 bermula pada bulan Januari 2023. Soalan peperiksaan UASA akan dijana melalui Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) merupakan satu sistem baharu yang dibangunkan oleh KPM. Pihak sekolah akan memuat turun bank soalan dalam sistem APPI yang ditetapkan.
Aplikasi Pengumpulan Pemasangan Instrumen (APPI) KPM: Muat Turun Soalan UASA
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Aplikasi Pengumpulan Dan Pemasangan Instrumen termasuk memaparkan fungsi, peranan, proses dan jadual muat turun :
Apa Itu APPI KPM?
Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen adalah satu sistem online yang dibangunkan bagi membantu pengumpulan item dan pemasangan serta penjanaan instrumen yang standard di peringkat sekolah.
Peranan APPI
PENGGUNA | PERANAN |
Lembaga Peperiksaan | Menetapkan format, JSU dan standard instrumen |
Ketua Penyumbang Item | Menyumbang dan menilai item |
Penyumbang Item | Menyumbang Item |
JPN / PPD | Selenggara maklumat mata pelajaran dan sekolah |
Pengetua / Guru Besar | Memuat turun instrumen |
Proses APPI
1. Penetapan Format Standard
2. Pengagihan Tugasan
3. Bina & Sahkan Item
4. Jana Instrumen
5. Selenggara maklumat mata pelajaran dan sekolah
6. Muat Turun Instrumen
Jadual Kerja Pentaksiran Bilik Darjah Akhir Sesi Akademik 2022/2023
Jadual Muat Turun Instrumen APPI KPM
Memuat turun instrumen ujian akhir sesi akademik dari Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen pada pautan:
i. Tahap Dua Sekolah Rendah : https://appisr.moe.gov.my
ii. Tahap Pertama Menengah Rendah : https://appimr.moe.gov.my
Nak dapatkan maklumat lanjut tentang UASA sila layari ke laman web KPM atau portal https://didik.tv/.
BACA JUGA: Contoh Soalan Ujian Akhir Sesi Akademik