Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bagi Sekolah Rendah & Menengah. Nak ambil Ujian Akhir Sesi Akademik? Panduan buat murid sekolah rendah dan menengah yang bakal menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik. Untuk makluman, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dimansuhkan pada pertengahan tahun 2022. Bermula bulan Januari 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan satu format baharu peperiksaan bagi murid Tahun 4, 5 & 6 di sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga 3 di sekolah menengah dimana ia dikenali sebagai Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Tarikh pelaksanaan UASA dijangka akan diadakan pada minggu ke-3 bulan Januari 2023. Manakala soalan peperiksaan akan dijana melalui Applikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI).
Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bagi Sekolah Rendah & Menengah
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujian Akhir Sesi Akademik termasuk memaparkan tarikh pelaksanaan, format dan senarai matapelajaran :
Apa Itu Ujian Akhir Sesi Akademik?
Ujian Akhir Sesi Akademik adalah satu format baharu peperiksaan atau penilaian yang akan digunakan untuk menilai Tahap Prestasi (TP) murid Tahun 4, 5 dan 6 termasuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi sesi akademik tahun 2022/2023. Untuk soalan peperiksaan akan dijana melalui Applikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) yang akan dibangunkan oleh KPM.
Proses Kerja Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik
- Mengemaskini APDM
- Mengemaskini eOperasi
- Muat turun surat maklumat, jadual kerja dan Garis Panduan
- Menyedia jadual kerja dan jadual waktu ujian
- Muat turun instrumen pentaksiran
- Verifikasi Instrumen
- Mencetak dan memperbanyak instrumen pentaksiran
- Melaksana Ujian
- Muat turun panduan penskoran
- Penyelarasan penskoran
- Penskoran SJM
- Moderasi penskoran SJM
- Verifikasi skor
- Merekod skor dalam SPPB KPM
- Mengeluarkan Pelaporan
Pelajar Terlibat Dalam Ujian Akhir Sesi Akademik
Penilaian UASA hanya melibatkan murid dalam Tahap 1 (Sekolah Menengah) dan Tahap 2 (Sekolah Rendah) seperti iaitu:
- Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3
- Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6
Artikel Berkaitan: Senarai Harga Buku Teks Sekolah Rendah
Senarai Matapelajaran Terlibat Dalam Ujian Akhir Sesi Akademik
Berikut adalah senarai mata pelajaran yang terlibat dalam peperiksaan UASA bagi Sekolah Rendah dan Menengah iaitu;
TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH | TAHAP 1 SEKOLAH MENENGAH |
1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Matematik 4. Sains 5. Sejarah | 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Matematik 4. Pendidikan Islam/Moral 5. Sejarah 6. Sains 7. Geografi 8. Asas Sains Komputer 9. Reka Bentuk dan Teknologi 10. Bahasa Arab 11. Maharat al-Quran 12. Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah 13. Al-Syariah 14. Usul Al-Din 15. Bahasa Cina 16. Bahasa Tamil 17. Bahasa Punjabi 18. Bahasa Kadazandusun 19. Bahasa Iban 20. Bahasa Semai |
Format Pentaksiran Sumatif UASA 2022/2023
Format Ujian Akhir Sesi Akademik Sekolah Rendah
Format UASA Bahasa Inggeris Tahun 4,5,6
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis Pemahaman & Penulisan
ii. Bilangan Soalan:
- Bahagian 1 (5 markah) – Short text: multiple choice (5 soalan)
- Bahagian 2 (4 markah) – Lexico grammar: multiple choice with no graphics (4 soalan)
- Bahagian 3 (5 markah) – Linear/non-linear text comprehension: multiple choice (5 soalan)
- Bahagian 4 (6 markah) – Matching multiple texts (6 soalan)
- Bahagian 5 (5 markah) – Word completion (5 soalan)
- Bahagian 6 (10 markah) – Guided writing – short communicative message (1 soalan)
- Bahagian 7 (15 markah) – Notes expansion – longer communicative message (1 soalan)
iii. Markah: 50 markah
iv Tempoh Ujian: 1 jam 15 minit
Format UASA Bahasa Melayu Tahun 4,5,6
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis Pemahaman & Penulisan
ii. Bilangan Soalan:
Bahagian A (10 Markah): OAP
- Tatabahasa (3 – 5 soalan)
- Pemahaman Petikan (5 – 7 soalan) (Teks Tinggal dan Teks Pelbagai)
Bahagian B (10 Markah): OPB dan SRTh
- Pemahaman Petikan dan Tatabahasa (Bersepadu) (3-5 soalan)
- Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan)
Bahagian C (10 Markah): SRTb
- Penulisan Perenggan (1 soalan)
Bahagian D (20 Markah): SRTb
- Penulisan Karangan (1 soalan)
iii. Markah: 50 markah
iv. Tempoh Ujian: 1 jam 15 minit
Format UASA Matematik Tahun 4,5,6
i. Jenis Instrumen: Ujian bertulis
ii. Bilangan Soalan:
- Bahagian A (13 soalan)
- Bahagian B (2 soalan)
iii. Markah:
- Bahagian A (26 markah)
- Bahagian B (24 markah)
iv. Tempoh Ujian: 1 jam 15 minit
Format UASA Sains Tahun 4,5,6
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis
ii. Bilangan Soalan:
- Bahagian A – item objektif aneka pilihan (10 soalan), Bahagian B – item objektif pelbagai bentuk (2 soalan) & Bahagian C – item struktur (4 soalan)
iii. Markah: Bahagian A (10 markah), Bahagian B (8 markah) & Bahagian C (32 markah)
iv. Tempoh Ujian: 1 jam 15 minit
Format UASA Sejarah Tahun 4,5,6
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis
ii. Bilangan Soalan:
- Bahagian A (Objektif Aneka Pilihan): 20 soalan
- Bahagian B (Objektif Pelbagai Bentuk): 4 soalan
- Bahagian C (Respons Terhad): 2 soalan
iii. Markah: Bahagian A (20 markah), Bahagian B (20 markah) & Bahagian C (10 markah)
iv. Tempoh Ujian: 1 jam 15 minit
Format Ujian Akhir Sesi Akademik Sekolah Menengah
Format UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1,2,3
KERTAS 1
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis (Pemahaman)
ii. Bilangan Soalan:
- Bahagian A: Morfologi/Frasa/Sintaksis/Peribahasa (OAP) – 10 soalan, Pemahaman Petikan (OAP) – 5 soalan
- Bahagian B: Morfologi/Frasa/Sintaksis/ (OPB) – 4 soalan, Pemahaman Petikan (Subjektif Respons Terhad) – 3 soalan, Novel Komsas (Subjektif Respons Terhad) – 1 soalan
- Bahagian C: Pemindahan Maklumat (Subjektif Respons Terhad) – 1 soalan
ii. Markah: Bahagian A (15 markah), Bahagian B (30 markah), Bahagian C (15 markah)
iii. Tempoh Ujian: 1 jam 30 minit
KERTAS 2
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis (Penulisan)
ii. Bilangan Soalan:
- Bahagian A: Karangan (Subjektif Respons Terhad) – 1 soalan
- Bahagian B: Karangan (Subjektif Respons Terbuka) – 3 soalan (jawab 1 soalan sahaja)
ii. Markah: Bahagian A (10 markah), Bahagian B (30 markah)
iii. Tempoh Ujian: 1 jam
Format UASA Bahasa Inggeris Tingkatan 1,2,3
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis (Penulisan)
ii. Bilangan Soalan:
- Bahagian 1: Short text multiple choice (OAP) – 8 soalan
- Bahagian 2: Lexico-grammar long text error correction (OPB) – 8 soalan
- Bahagian 3: Information transfer linear text (OPB) – 8 soalan
- Bahagian 4: True/false & short answer non-linear text (OPB) – 8 soalan
- Bahagian 5: Matching gapped texts (OPB) – 8 soalan
iii. Markah:
- Bahagian 1: 8 markah
- Bahagian 2: 8 markah
- Bahagian 3: 8 markah
- Bahagian 4: 8 markah
- Bahagian 5: 8 markah
iv. Tempoh Ujian: 1 jam 15 minit
Format UASA Sejarah Tingkatan 1,2,3
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis
ii. Bilangan Soalan:
- Bahagian A: (OAP) – 20 soalan
- Bahagian B: Subjektif Respons Terhad – 4 soalan
- Bahagian C: Subjektif Respons Terbuka – 2 soalan
iii. Markah: Bahagian A (20 markah), Bahagian B – (40 markah), Bahagian C – (20 markah)
iv. Tempoh Ujian: 2 jam
Format UASA Sains Tingkatan 1,2,3
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis (Penulisan)
ii. Bilangan Soalan: Bahagian A (20 soalan), Bahagian B (5 soalan), Bahagian C (6 soalan)
iii. Markah: Bahagian A (20 markah), Bahagian B (20 markah), Bahagian C (60 markah)
iv. Tempoh Ujian: 2 jam
Format UASA Geografi Tingkatan 1,2,3
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis
ii. Bilangan Soalan:
- Bahagian A: OAP – 20 soalan
- Bahagian B: SRT – 3 soalan
- Bahagian C: SRTb – 4 soalan
iii. Markah: Bahagian A (20 markah), Bahagian B (40 markah), Bahagian C (20 markah)
iv. Tempoh Ujian: 2 jam
Format UASA Pendidikan Islam Tingkatan 1,2,3
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis
ii. Bilangan Soalan:
- Bahagian A: semua bidang (OAP) – 20 soalan
- Bahagian B: bidang al-Quran dan Hadis/ Jawi (OPB & Subjektif) – 2 soalan
- Bahagian C: bidang akikah (OPB & Subjektif) – 1 soalan
- Bahagian D: bidang fikah (OPB & Subjektif) – 1 soalan
- Bahagian E: bidang sirah, tamadun Islam & akhlak islamiah (OPB & Subjektif) – 1 soalan
iii. Markah: Bahagian A (20 markah), Bahagian B (20 markah), Bahagian C (20 markah), Bahagian D (20 markah), Bahagian E (20 markah)
iv. Tempoh Ujian: 2 jam
Format UASA Bahasa Arab Tingkatan 1,2,3
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis (Pemahaman & Penulisan)
ii. Bilangan Soalan:
- Bahagian A: Tatabahasa (OAP) – 20 soalan
- Bahagian B: Tatabahasa (OPB & SRT) – 15 soalan
- Bahagian C: Pemahaman (OPB & SRT) – 17 soalan
- Bahagian D: Pemindahan Maklumat (SRTb) – 1 soalan
- Bahagian E: Penulisan Karangan (SRTb) – 1 soalan
iii. Markah: Bahagian A (20 markah), Bahagian B (30 markah), Bahagian C (15 markah), Bahagian D (15 markah), Bahagian E (20 markah)
iv. Tempoh Ujian: 2 jam
Format UASA Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai Tingkatan 1,2,3
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis
ii. Bilangan Soalan:
- Bahagian A: Sistem Bahasa & Pemahaman (OAP) – 10 soalan
- Bahagian B: Sistem Bahasa & Pemahaman (OPB & SRT) – 3 hingga 10 soalan
- Bahagian C: Pemahaman Teks (SRT) – 2 hingga 7 soalan
- Bahagian D: Pemindahan Maklumat (SRTb) – 1 hingga 5 soalan
- Bahagian E: Penulisan Karangan (SRTb) – 3 soalan pilihan
iii. Markah: Bahagian A (10 markah), Bahagian B (20 hingga 25 markah), Bahagian C (15 markah), Bahagian D (10 hingga 15 markah), Bahagian E (40 markah)
iv. Tempoh Ujian: 2 jam
Format UASA Asas Sains Komputer Tingkatan 1,2,3
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis
ii. Bilangan Soalan: Bahagian A (OAP)- 10 soalan, Bahagian B (OPB)- 10 soalan, Bahagian C (Subjektif)- 2 soalan
iii. Markah: Bahagian A (10 markah), Bahagian B (40 markah), Bahagian C (20 markah)
iv. Tempoh Ujian: 1 jam 30 minit
Format UASA Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 1,2,3
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis
ii. Bilangan Soalan: Bahagian A (OAP)- 10 soalan, Bahagian B (OPB)- 10 soalan, Bahagian C (Subjektif)- 2 soalan
iii. Markah: Bahagian A (10 markah), Bahagian B (40 markah), Bahagian C (20 markah)
iv. Tempoh Ujian: 1 jam 30 minit
Format UASA Maharat Al Quran Tingkatan 1,2,3
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis
ii. Bilangan Soalan: Bahagian A (OPB)- 20 soalan, Bahagian B (SRT)- 4 soalan
iii. Markah: Bahagian A (20 markah), Bahagian B (30 markah)
iv. Tempoh Ujian: 1 jam 30 minit
Format UASA Usul Al Din Tingkatan 1,2,3
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis
ii. Bilangan Soalan: Bahagian A – 6 soalan Tauhid, Bahagian B – 10 soalan Tafsir/ Hadis
iii. Markah: Bahagian A (30 markah), Bahagian B (70 markah)
iv. Tempoh Ujian: 2 jam
Format UASA Al Syariah Tingkatan 1,2,3
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis
ii. Bilangan Soalan: Bahagian A: Al Quran (OPB) – 4 soalan, Bahagian B: Fiqh (OPB & SRT) – 8 soalan
iii. Markah: Bahagian A (20 markah), Bahagian B (80 markah)
iv. Tempoh Ujian: 2 jam
Format UASA Al Lughah Al Arabiah Al Muasirah Tingkatan 1,2,3
i. Jenis Instrumen: Ujian Bertulis
ii. Bilangan Soalan: Bahagian A – 4 soalan, Bahagian B – 2 soalan, Bahagian C – 4 soalan, Bahagian D – 2 soalan
iii. Markah: Bahagian A (20 markah), Bahagian B (20 markah), Bahagian C (30 markah), Bahagian D (30 markah)
iv. Tempoh Ujian: 2 jam
Penskoran Ujian Akhir Sesi Akademik
Dalam penilaian atau penskoran Ujian Akhir Sesi Akademik tidak akan menggunakan format gred atau markah, sebaliknya pelajar akan diukur melalui sistem baharu yang dikenali sebagai Tahap Penguasan (TP). Sistem ini diukur dari TP1 hingga TP6 mengikuti deskriptif tahap seperti berikut:
TP 1: Tahu Pelajar
Pelajar boleh melaksanakan tugas asas, memiliki pengetahuan asas, atau bertindak balas terhadap situasi mudah.
TP 2: Tahu dan Faham
Pelajar menunjukkan pemahaman dengan menyesuaikan gaya komunikasi mereka atau dengan menterjemah dan menghuraikan apa yang telah mereka pelajari.
TP 3: Tahu, Faham dan Boleh Buat
Pelajar menunjukkan pemahaman dengan menyesuaikan gaya komunikasi mereka atau dengan menterjemah, menghuraikan dan mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.
TP 4: Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Pelajar mempraktikkan sesuatu kemahiran dengan melalui proses atau secara berkaedah.
TP 5: Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Pelajar menunjukkan bakat dalam suasana novel dengan mematuhi protokol atau bertindak secara teratur, konsisten dan positif.
TP 6: Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Pelajar mampu bersikap optimistik, kreatif, dan berimaginasi, dan mereka boleh menunjukkan contoh dengan menggunakan pengetahuan dan kebolehan mereka secara sistematik untuk situasi baharu.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Ujian Akhir Sesi Akademik sila layari ke laman web https://didik.tv/.
BACA JUGA: Contoh Soalan Ujian Akhir Sesi Akademik
Sumber : https://youtu.be/gv7NxZYk8mQ