Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 (KPM)

Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 (KPM). Anda memerlukan bantuan kewangan untuk pengajian anda? Berita baik buat anda yang membuat permohonan bantuan kewangan untuk pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menawarkan pelbagai bantuan kewangan antaranya iaitu Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti, Bantuan Kewangan Asasi dan Bantuan Kewangan OKU.

Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 (KPM)

Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 (KPM)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bantuan kewangan yang disediakan oleh KPM :

A. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Bantuan kewangan Pelajar Kolej Komuniti atau ringkasnya BKPKK diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil dan diploma jangka panjang. Bantuan kewangan ini diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan. Pelajar baharu atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

B. Bantuan Kewangan Asasi IPTA

Bantuan kewangan Asasi IPTA adalah satu insentif daripada KPM untuk membantu pelajar golongan sasaran B40 dan M40 yang mengikuti program bertaraf asasi dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000 sebulan. Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya adalah layak memohon.

C. Bantuan Kewangan OKU

Bantuan Kewangan OKU merupakan satu bantuan yang diberi keistimewaan kepada Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai Kad OKU. Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan. Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu semua Universiti Awam, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.

Sumber – MOE

Leave a Reply