Permohonan Kolej Komuniti 2024 Online (Sesi Jun & Disember). Berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Komuniti? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian tinggi di Kolej Komuniti. Untuk makluman, calon yang berkelayakan dan berminat boleh memohon kemasukan ke Kolej Komuniti ambilan 2024 secara dalam talian (online) menerusi UPU atau laman web Kolej Komuniti. Terdapat dua pengambilan dibuka untuk lanjutan ke Kolej Komuniti iaitu sesi Julai dan November. Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan kemasukan ke UA/ Politeknik menerusi UPUONLINE.
Permohonan Kolej Komuniti 2024 Online (Sesi Jun & Disember)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Kolej Komuniti termasuk memaparkan syarat kelayakan, senarai program dan aplikasi permohonan :
Kolej Komuniti adalah sebuah pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang menawarkan program peringkat Sijil dan Diploma. Kolej ini diwujudkan untuk menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan dapat meneruskan pengajian Diploma di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Politeknik.
Syarat Kemasukan ke Kolej Komuniti
Antara syarat-syarat kemasukan ke Kolej Komuniti seperti berikut :
- Warganegara Malaysia dan lulus peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).
- Kelayakan lain yang setaraf boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
- Calon-calon dari kalangan penduduk setempat akan diberi keutamaan.
- Untuk program Diploma, hanya lulusan dari Sijil Kolej Komuniti sahaja layak memohon.
Program Pengajian di Kolej Komuniti
Di Kolej Komuniti terdapat EMPAT (4) program yang ditawarkan iaitu:
- Diploma Kolej Komuniti (DKK)
- Sijil Kolej Komuniti (T)
- Sijil Kolej Komuniti (M)
- Sijil Kolej Komuniti (P)
- Kursus pendek di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat
Cara Mohon Kemasukan Kolej Komuniti Online
A. Melalui UPU Online
Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti bagi pengambilan sesi Jun dibuka dari bulan 23 Februari hingga 31 Mac 2020 melalui UPUOnline. Pemohon diingatkan membeli No. Pin Unik UPU terlebih dahulu di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengakses borang permohonan secara online.
Nak mohon boleh terus ke laman web UPhttp://upu.moe.gov.my/web/
B. Melalui e-Pengambilan Kolej Komuniti Online
Untuk pengambilan Disember 2020, permohonan boleh dibuat secara online di laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my/.
C. Hadir Sendiri ke Kolej Komuniti (walk-in)
Pemohon juga boleh membuat permohonan Kolej Komuniti secara walk-in ke Kolej Komuniti yang ingin dipohon.
Semakan Keputusan Kolej Komuniti 2024 Online
Bagi yang telah membuat permohonan berikut adalah cara semakan keputusan permohonan Kolej Komuniti :
i. Layari ke laman web UPU dan JPKK.
ii. Boleh hubungi di talian bebas tol: 1800 88 7755 atau
Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian :
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Galeria PjH
Jalan P4W, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Tel: 03 8888 2633
Faks: 03 8888 7211
Email: jpkk.korporat@mohe.gov.my
BACA JUGA :
Saya nak sambung belajar bahagian kulinari dan pastri
Saya nak sambung belajar bahagian kulinari
semoga saya berjaya kerana saya ingin melanjutkan pengajian di kolej komuniti
Semoga berjaya cik