Cara Daftar Sukarelawan MyVac Online (Elaun & Mohon myvac.com.my). Berminat menjadi sukarelawan MyVac? Panduan buat rakyat Malaysia yang berminat untuk membuat pendaftaran sukarelawan MyVac. Bagi anda yang berkelayakan boleh mohon Sukarelawan MyVac secara online menerusi laman web rasmi myvac.com.my. Antara tugas yang diperlukan sukarelawan MyVac antaranya iaitu membuat saringan suhu, pendaftaran penerima vaksin, mengawal dan mengurus termasuk memberi bantuan kepada pasukan kesihatan.
Malaysia Vaccine Support Volunteers atau ringkasnya MyVac adalah merupakan satu inisiatif kerajaan yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia.
Cara Daftar Sukarelawan MyVac Online (Elaun & Mohon myvac.com.my)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sukarelawan MyVac 2021 termasuk memaparkan syarat kelayakan, skop tugas, semakan status dan elaun yang disediakan:
Syarat Kelayakan Sukarelawan MyVac 2021
- Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.
- Terdapat 2 jenis sukarelawan iaitu Sukarelawan Bukan Kesihatan dan Sukarelawan Kesihatan.
- Sukarelawan boleh memilih sama ada menjadi sukarelawan kesihatan ataupun bukan kesihatan, berdasarkan kelayakan dalam melancarkan pergerakan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri dan daerah.
Skop Tugas Sukarelawan MyVac
Antara skop tugasan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
- Sukarelawan Kesihatan: Vaksinator, mengawal sick bay/kecemasan dan konsultasi Vaksin Covid-19
- Sukarelawan Bukan Kesihatan: Membuat saringan gejala suhu, janji temu, pendaftaran, mengawal ruang menunggu.
Elaun & Sijil Sukarelawan MyVac
Mengambil prinsip bahawa MyVac ini adalah satu program sukarelawan yang berlandaskan kepada semangat ingin melibatkan diri di dalam usaha memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin demi kesejahteraan negara, hanya bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:
- RM50.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV.
- RM25.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam.
Jangka Masa Bertugas
Jangka masa bertugas setiap sukarelawan adalah terbahagi kepada dua sesi iaitu:
- Satu Sesi: Enam (6) jam satu sesi. Sukarelawan MyVac perlu bertugas sekurang-kurangnya enam (6) jam bagi mendapat bayaran token minimum;
- Dua (2) sesi: Maksimum 12 jam atau bergantung kepada waktu operasi PPV. Sekiranya terdapat PPV yang beroperasi kurang dari 12 jam, maka sukarelawan tersebut akan dianggap bertugas untuk satu hari.
Cara Pendaftaran Sukarelawan MyVac Online
- Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web rasmi https://www.myvac.com.my/
- Bagi yang membuat permohonan perlu mengesahkan pendaftaran melalui emel. Pengesahan APC oleh KKM akan dilakukan untuk Sukarelawan Kesihatan.
- Anda perlu menghadiri satu latihan secara maya dan lulus. Hanya untuk sukarelawan kesihatan, satu taklimat khas akan diberikan secara maya (tarikh taklimat akan diketahui dalam laman profil anda).
- Kemudian, lengkapkan profil anda dengan mengisikan butiran bank, butiran waris terdekat dan memuat naikan gambar profil anda.
- Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan (borang-borang ini boleh didapati di dalam laman profil anda.
- Anda dikehendaki untuk melaporkan diri anda ke Pejabat Belia dan Sukan berdekatan untuk menandatangi Surat Tawaran Sukarelawan dan mengambil kit sukarelawan.
- Membuat pilihan tarikh, masa dan lokasi untuk bertugas. Kesesuaian dan kekosongan tarikh, masa dan lokasi akan diketahui serta-merta.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang MyVac, sila hubungi MySukarela Hotline atau emel ke info@mysukarela.com atau Whatsapp (Message Only): (+60) 17-303 9042).