Fakta Menarik TVET dan Kepentingan. Anda tahu apa itu TVET? Technical and Vocational Education and Training atau ringkasnya TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Tujuan pelaksanaan TVET adalah untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompetensi dan efektif dalam bidang-bidang yang tertentu. Secara umumnya, terdapat dua laluan untuk memasuki TVET iaitu melalui Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan 3. Kini, lebih daripada 500 institusi TVET seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai program TVET bagi semua peringkat pendidikan.

TVET diperkenalkan bertujuan untuk memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global. Dengan adanya TVET Malaysia dapat menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.
Fakta Menarik TVET dan Kepentingan
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang TVET termasuk memaparkan tujuan, institusi yang terlibat, kelayakan minimum dan keistimewaan :
Apa itu TVET?
TVET ialah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional secara sepenuh masa dan pembelajaran sepanjang hayat yang ditawarkan kepada individu pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur bertujuan untuk menyediakannya ke arah alam pekerjaan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Terdapat beberapa institusi yang menawarkan TVET antaranya iaitu MTUN, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.
Kelayakan minimum bagi memasuki institusi TVET?
Kelayakan minimum bagi kemasukan ke institusi-institusi TVET adalah berdasarkan tawaran yang dikeluarkan oleh Kementerian atau agensi yang melaksanakan program.

Keistimewaan dan Kepentingan TVET
a. Lulusan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik.
b. Berpotensi untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET.
Sumber : Moe