Cara Kemaskini Permohonan IPG 2024 PISMP Online (Login). Nak kemaskini permohonan PISMP? Perhatian buat anda lepasan SPM & STAM yang telah membuat permohonan kemasukan ke IPG bagi program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tahun 2024. Untuk makluman, pemohon PISMP dan PPC 2024 bagi kemasukan lepasan SPM dan STAM boleh membuat kemas kini permohonan bermula 27 Mei (pukul 3 petang) hingga 31 Mei 2024 di laman sesawang https://pismp.moe.gov.my.
Cara Kemaskini Permohonan IPG 2024 PISMP Online (Login)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemaskini permohonan IPG termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara pengemaskinian:
Tarikh kemaskini: 27 Mei – 31 Mei 2024
Siapa Yang Boleh Mengemaskini Permohonan PISMP?
a. Calon Lepasan SPM dan STAM yang telah membuat permohonan PISMP 2024.
b. Calon yang telah menduduki e-UKCG.
c. Calon yang ingin menukar pilihan bidang yang telah dimohon.
Cara Kemaskini Permohonan IPG PISMP Online
Kemaskini permohonan PISMP boleh dibuat secara online di pautan https://pismp.moe.gov.my/index.cfm.
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon: 03-8312 6731 / 6768 / 6760 / 6733 / 6693
BACA JUGA: Semak Tawaran IPG 2024