Semakan Keputusan IPG 2023/2024 PISMP Online. Bilakah tarikh semakan keputusan PISMP tahun 2023 diumumkan? Perhatian kepada pelajar lepasan SPM yang telah membuat permohonan IPG bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2023. Untuk makluman, semakan keputusan kemasukan ke IPG ambilan 2023 boleh dibuat secara online pada 25 Julai 2023. Bagi calon yang berjaya, anda dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman web rasmi KPM.

Semakan Keputusan IPG 2023/2024 PISMP Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan IPG PISMP termasuk memaparkan tarikh, panggilan temuduga dan semakan tawaran :
Kalendar Permohonan IPG PISMP 2023
- Permohonan: 15 Mac – 14 April 2023 (ambilan 1)
- Pelaksanaan e-UKCG: 17 – 20 April & 26 – 28 April 2023 (ambilan 1)
- Kemaskini maklumat permohonan PISMP: 8 Jun – 10 Jun 2023
- Semakan layak temuduga & UKF: 26 Jun 2023
- Pelaksanaan temuduga & UKF: 3 – 6 Julai 2023 & 10 – 12 Julai 2023
- Keputusan IPG ambilan 1 & 2: 25 Julai 2023
- Pendaftaran PISMP: 14 Ogos 2023
Semakan Temuduga IPG PISMP 2023 Online
Bagi pemohon yang lulus e-UKCG sahaja layak dipertimbangkan untuk ditemuduga.
Temuduga dilaksanakan secara bersemuka. Calon mesti hadir di pusat-pusat temuduga mengikut tarikh dan masa yang telah diberi. Calon akan ditemuduga dalam anggaran tempoh masa antara 1 jam hingga 1 jam 15 minit.
Caa Semakan Tawaran PISMP 2023 Online
Pemohon boleh menyemak keputusan PISMP melalui laman web https://pismp.moe.gov.my/.
NOTA: Calon TIDAK DIBENARKAN menukar tempat pengajian kerana keputusan tawaran adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang pengambilan IPG, sila hubungi ;
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 – 3, Blok 2250,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor
No. Tel: 03 – 8312 6720/ 6730/ 6768
BACA JUGA : Senarai IPG Institut Pendidikan Guru di Malaysia
saya sumaiyyah binti hassim….boleh tak saya nak masuk universiti ini