Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU 2025-26 BSN (Tarikh)

Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU 2025-26 BSN (Tarikh). Bilakah tarikh pembelian nombor pin UPU sesi akademik 2025 dibuka? Panduan buat calon yang ingin membuat permohonan UPU ke UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti & ILKA sesi 2025-26. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Universiti Awam sesi akademik 2025/2026 akan dibuka bermula pada 10 Februari 2025. Bagi anda yang berminat ke Universiti Awam dan ILKA boleh membuat pembelian nombor pin UPU bermula pada 9 Februari 2025 untuk kemasukan sesi 2025/2026.

Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU 2025-26 BSN (Tarikh)

Calon boleh membuat pembelian no pin UPU dengan tiga cara iaitu melalui kaunter BSN, menerusi mesin ATM BSN dan perbankan internet myBSN. Seperti tahun lepas, harga nombor pin UPU sesi baharu adalah berjumlah RM10.60 seunit.

Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU 2025-26 BSN (Tarikh)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pembelian nombor pin unik UPU termasuk memaparkan senarai kategori dan cara beli :

A. Beli No Pin UPU di Kaunter BSN

Untuk pembelian nombor pin UPU cara ini, calon boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan isikan maklumat permohonan dengan lengkap mengikut kategori masing-masing. Pemohon perlu menyediakan wang tunai berjumlah RM10.60 untuk proses pembayaran no pin unik.

Setelah mengisi maklumat, anda hendaklah menunggu giliran dan ke kaunter BSN untuk proses pembayaran dan penerimaan nombor pin UPU. Pastikan simpan nombor PIN UPU anda sebaik-baiknya untuk membuat permohonan UPU secara dalam talian.

B. Beli No Pin UPU di Mesin ATM BSN

Selain pembelian di kaunter, calon juga boleh membeli no pin UPU di mesin ATM Bank Simpanan Nasional :

  1. Masukkan Kad BSN dan nombor PIN anda.
  2. Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
  3. Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
  4. Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM” (rujuk anda lepasan apa)
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau MyKad anda.
  6. ‘YA’ untuk meneruskan urusan transaksi.
  7. Semak Maklumat.
  8. Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan atau ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
  9. Resit perlu dicetak untuk rujukan.

C. Beli No Pin UPU Menerusi Perbankan Internet myBSN

Pemohon hendaklah mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN bagi mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Setelah mendaftar, pemohon boleh membeli nombor PIN di bahagian perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:

  1. Log masuk ke dalam akaun myBSN online banking. 
  2. Klik “Pin Purchase”.
  3. Pilih Organization “UPU”.
  4. Pilih Program “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/setaraf”.
  5. Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap.

Semak Syarat Kelayakan UPU Kemasukan UA

Bagi calon yang ingin membuat permohonan UPU sila semak syarat kelayakan bidang-bidang pengajian di institusi yang dikehendaki menerusi portal https://online.mohe.gov.my/upu5/epanduan/index.php

Cara Permohonan UPUOnline 2025-26

Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan UPU kemasukan ke Universiti Awam secara online di laman web rasmi https://upu.mohe.gov.my/

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200
FAKS : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL : upu@mohe.gov.my

BACA JUGA: Permohonan UPUOnline Kemasukan UA/IPTA

Leave a Reply