Borang Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR 2018 Online

Borang Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR 2018 Online. Adakah anda calon lepasan UPSR 2018? Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun 2018. Bagi yang kurang bernasib baik jangan putus dan teruskan pengajian kemasukan ke Sekolah Menengah. Bagaimana cara permohonan semak semula keputusan UPSR? Panduan buat calon yang ingin membuat permohonan semakan semula keputusan UPSR tahun 2018.

Borang Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR 2018 Online

Borang Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR 2018 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara permohonan penyemakan semula keputusan UPSR 2018 termasuk borang permohonan, kadar bayaran dan keputusan penyemakan :

Cara Isi Borang Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR

1. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65A) boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya. Borang permohonan juga boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my.

Borang Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR 2018 Online

Borang Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR 2018 Online

Contoh Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan UPSR

2. Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan perlu disertakan dengan perkara berikut:

i. satu (1) salinan pernyataan keputusan peperiksaan UPSR yang disahkan oleh Guru Besar/Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

ii. Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM. Sila rujuk No. 5 – Kadar Bayaran dan No. 6 –Kaedah Bayaran.

iii. dua (2) sampul surat berukuran 11cm x 22cm, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 setiap satu sampul.

3. Kadar bayaran penyemakan semula keputusan peperiksaan UPSR ialah RM50.00 bagi satu mata pelajaran. Permohonan penyemakan semula keputusan Kes T tidak dikenakan bayaran.

4. Borang yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UPSR 2018” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan hantar kepada Pengarah Peperiksaan di alamat berikut:

Pengarah Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 7, Blok E11,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

(u.p: Unit UPSR)

Kaedah Bayaran

1) Permohonan Melalui Pos

i. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Semak Semula/Kes T supaya tidak tercicir.

ii. Cek persendirian tidak diterima.

2) Permohonan Melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan

i. Pembayaran boleh menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM. Pembayaran menggunakan wang tunai juga diterima.

ii. Cek persendirian tidak diterima.

Nota :

i  Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan diumumkan.

ii. Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan UPSR tidak akan diproses.

iii. Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.

iv. Sekiranya berlaku perubahan gred, Pernyataan Keputusan yang lama hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah sebelum mendapatkan Pernyataan Keputusan yang baharu.

Selamat membuat permohonan semakan semula keputusan UPSR 2018. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya dalam peperiksaan UPSR tahun 2018.

Sumber : MOE

Leave a Reply

%d bloggers like this: