Login Google Classroom Malaysia KPM Ganti FrogVLE. Tahukah anda apakah Google Classroom KPM? Panduan buat warga pendidik yang ingin menggunakan platform Google Classroom sebagai platform pembelajaran. Untuk makluman, kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak lagi melanggan perkhidmatan Frog VLE mulai 1 Julai 2019. KPM telah bersetuju untuk menggunakan Google Classroom sebagai pilihan atau opsyen platform pembelajaran alternatif selepas tamat kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 KPM. Berikut adalah cara Google Classroom login.
Google Classroom merupakan platform perkhidmatan internet percuma yang dibangunkan oleh Google untuk sekolah-sekolah. Google Classroom mempunyai keupayaan untuk mengurus tugasan, kuiz, memberi markah dan memberi latihan kepada pelajar secara dalam talian. Pensyarah atau guru juga boleh mengedar kandungan pengajaran dan pembelajaran seperti video, fail dan lain-lain secara dalam talian.
Login Google Classroom Malaysia KPM Ganti FrogVLE
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Google Classroom KPM termasuk memaparkan cara login dan kelebihan Google Classroom :
Apa itu Google Classroom Malaysia?
Google Classroom adalah satu platform internet yang menggabungkan Google Drive untuk penciptaan dan pengedaran tugasan, Dokumen Google, Helaian dan Slaid untuk penulisan, Gmail untuk komunikasi, dan Google Calendar untuk penjadualan. Pelajar boleh dijemput untuk menyertai kelas melalui kod persendirian, atau secara automatik diimport dari domain sekolah. Guru boleh memantau kemajuan untuk setiap pelajar, dan selepas dinilai, guru boleh kembali kerja, bersama-sama dengan komen.
Cara Login Google Classroom Malaysia
a. Untuk akses Google Classroom, anda boleh layari ke laman https://classroom.google.com/. Anda boleh guna sama ada peranti telefon pintar atau komputer.
b. Klik pada Go to Classroom dan masukkan ID beserta password Gmail.
Nota : Untuk dapatkan maklumat lengkap tentang Google Classroom boleh muat turun Manual Pengguna Google Classroom
Kelebihan Google Classroom Malaysia
a. Mudah buat kelas
b. Mudah buat tugasan
c. Mudah buat penilaian
d. Mudah buat kolaborasi guru
Bagi membantu para guru untuk berkongsi maklumat atau cadangan, disyorkan menyertai kumpulan Telegram Google Classroom Training di pautan ini ;
https://t.me/GoogleClassroomTraining
Untuk makluman lanjut dan bantuan teknikal boleh menghubungi 016-6628915 atau google-helpdesk@eduspec.com.my
Sumber : KPM