Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2023 Online (SPM Ulangan)

Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2023 Online (SPM Ulangan). Bilakah tarikh pendaftaran calon persendirian SPM Ulangan tahun 2023? Panduan buat pelajar yang ingin membuat pendaftaran calon persendirian untuk SPM Ulangan tahun 2023. Untuk makluman menerusi laman Lembaga Peperiksaan (LP) Malaysia, pendaftaran calon persendirian SPMU boleh dibuat secara online bermula pada 8 April hingga 6 Jun 2023.

Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2023 Online (SPM Ulangan)

Peperiksaan SPM Ulangan sesi Jun melibatkan maksimum 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik yang bakal diadakan pada bulan Jun 2023. Manakala, pada sesi November 2023 akan diadakan sama seperti tarikh peperiksaan SPM tahun 2023.

Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2023 Online (SPM Ulangan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran calon persendirian SPM Ulangan termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh Pendaftaran : 8 April – 6 Jun 2023

Syarat Kelayakan Daftar SPM Ulangan 2023

a. Orang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh LP (Calon Mengulang).

b. Tiada syarat umur.

Kadar Bayaran Calon Peperiksaan SPMU

Cara Pendaftaran Calon Persendirian SPMU Online

1. Pergi ke laman sppat.moe.gov.my kemudian klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM)”. Klik “Daftar Calon Mengulang” untuk mendaftarkan diri sebagai calon mengulang SPM.

2. Masukkan maklumat nombor kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran peperiksaan yang lepas. Maklumat boleh diperoleh daripada sijil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.

Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2023 Online (SPM Ulangan)

3. Sahkan maklumat yang diisi. Pastikan nombor kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran merupakan milik anda, kemudian klik “Teruskan”.

4. Isikan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki. Kemudian, klik Teruskan.

5. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan. Jumlah bayaran akan dipaparkan sejurus calon memilih mata pelajaran. Kemudian, klik Teruskan.

Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2023 Online (SPM Ulangan)

6. Tentukan mata pelajaran elektif sebagai mata pelajaran tambahan sekiranya anda memilih lebih daripada 10 mata pelajaran. Pemilihan mata pelajaran tambahan tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih daripada bilangan yang telah ditetapkan. Kemudian, klik teruskan.

7. Pilih pusat peperiksaan anda. Pusat peperiksaan adalah mengikut negeri dan daerah. Kekosongan pusat peperiksaan berdasarkan bilangan kuota.

8. Semak maklumat pendaftaran anda. Pastikan semua maklumat sahih dan tandakan pada ruangan akur janji sebelum menghantarnya.

9. Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan bayaran yuran peperiksaan dibuat secara perbankan elektronik. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses.

NOTA:

i. Tarikh akhir pendaftaran calon persendirian adalah bulan Mac. Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

ii. Tiada had umur untuk menduduki peperiksaan SPM. Umur 16 tahun ke atas adalah layak untuk menduduki peperiksaan SPM.

Semakan Status Permohonan Pendaftaran SPM 2023

Semakan pendaftaran SPMU boleh dibuat bermula pada 1 Januari 2023. Pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama-sama maklumat peribadi ke pusat peperiksaan semasa hari peperiksaan dijalankan.

Sebarang permasalahan boleh hubungi pejabat JPN atau PPD yang berhampiran.

BACA JUGA : Jadual Peperiksaan SPM Ulangan 2023

4 Comments

  1. SHERYWITHA DECHARYE ROSLAN March 10, 2020
  2. Farah September 6, 2021
  3. Farah October 20, 2021
  4. Amirul Danish January 19, 2022

Leave a Reply