Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2023 SPM Ulangan (Download). Bilakah tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2023? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin mengambil semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk tahun 2023. Untuk makluman daripada portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), memaklumkan bahawa peperiksaan SPM Ulangan tahun 2021 bagi bulan Jun akan diadakan pada 21 September hingga 23 September 2021.

Peperiksaan SPMU akan diadakan dua kali setiap tahun bagi bulan Jun dan November sahaja. Bagi kertas sesi Jun, peperiksaan SPMU hanya melibatkan 3 kertas subjek sahaja iaitu bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. Manakala sesi November pula, calon SPMU akan menduduki peperiksaan pada tarikh yang sama peperiksaan SPM berlangsung.
Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2023 SPM Ulangan (Download)
Berikut dikongsikan adalah jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan SPMU yang meliputi tarikh, masa dan matapelajaran :
Tarikh Peperiksaan SPMU 2023
Sesi Pertama Jun
- Ujian Lisan : –
- Ujian Bertulis : 21 September – 23 September 2021
Sesi Kedua November
○ Ujian Bertulis : akan dikemaskini
Jadual Peperiksaan Bertulis SPMU 2023
SESI JUN

NOTA:
- Calon persendirian hendaklah membaca garis panduan dan arahan peperiksaan yang menyatakan amaran, larangan dan peringatan di dewan/bilik peperiksaan sebelum menandatangani borang ini dan menyerahkannya kepada Ketua Pengawas Peperiksaan.
- Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyerahkan Borang Pengakuan Calon kepada JPN.
- JPN hendaklah menyimpan Borang Pengakuan Calon sehingga enam (6) bulan selepas pengumuman keputusan SPM Ulangan 2021.
Nota dan Arahan Peperiksaan SPMU 2023
1. Setiap calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan yang telah didaftar. Pelajar yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan dianggap tidak hadir bagi subjek tersebut.
2. Calon yang tidak hadir semasa subjek tersebut diadakan hendaklah mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen tersebut hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPMU 2023.
3. Calon dikenakan bayaran RM30.00.
Muat Turun Jadual Peperiksaan SPM Ulangan 2023
Untuk dapatkan jadual penuh SPMU tahun 2023 dalam bentuk PDF, calon boleh memuat turun di pautan http://lp.moe.gov.my/images/bahan/spmu/2021/JWP%20SPMU%202021.pdf.
Untuk keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi KPM www.moe.gov.my.
BACA JUGA : Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2023 Online