Permohonan Biasiswa FGV 2025 Online (Syarat Kelayakan)

Permohonan Biasiswa FGV 2025 Online (Syarat Kelayakan). Nak mohon biasiswa atau bantuan pelajaran? Panduan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2024. Untuk makluman, FGV Holdings Berhad mengumumkan biasiswa FGV tahun 2024 kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula daripada 21 Mei hingga 15 Jun 2024 di laman web https://eform.fgvholdings.com/.

Permohonan Biasiswa FGV 2024 Online (Syarat Kelayakan)

Permohonan Biasiswa FGV 2025 Online (Syarat Kelayakan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang biasiswa FGV termasuk tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon:

Tarikh permohonan: 21 Mei – 15 Jun 2024

Syarat Kelayakan Biasiswa FGV 2024

Antara syarat-syarat kelayakan biasiswa FGV adalah seperti berikut;

a. Warganegara Malaysia

b. Berumur 18 tahun dan ke bawah

c. Lepasan SPM bagi batch 2023

d. Mendapat minimum 8A

e. Mempunyai kualiti kepimpinan yang mantap melalui pelbagai jawatan kepimpinan

Senarai Bidang Pengajian Ditawarkan Biasiswa FGV

Antara bidang pengajian yang ditawarkan dalam program biasiswa FGV iaitu;

  • Perakaunan & Kewangan
  • Pertanian & Agronomi
  • Pengurusan Perniagaan & Ekonomi
  • Kejuruteraan & Automasi
  • Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus
  • Sains Makanan & Teknologi
  • Hospitaliti
  • IT
  • Rantaian Bekalan Logistik
  • Sains & Statistik
Permohonan Biasiswa FGV 2024 Online (Syarat Kelayakan)

Cara Mohon Biasiswa FGV Online

Permohonan ini boleh dibuat secara online melalui pautan https://eform.fgvholdings.com/fgvscholarship/Account/SignIn atau scan pada kod QR melalui iklan yang dipaparkan.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://career.fgvholdings.com/portal

Leave a Reply