Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2024 (Semakan Status)

Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2024 (Semakan Status). Berita baik buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan anak jati Negeri Kelantan. Untuk makluman, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mempelawa kepada pelajar yang berkelayakan untuk mohon Biasiswa Zamalah Pendidikan (BZP) MAIK tahun 2024 bagi lanjutan pengajian di institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Permohonan ini boleh dibuat sehingga 22 April 2023 dengan dapatkan borang permohonan di laman web www.e-maik.my atau di Unit Pendidikan MAIK.

Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2024 (Semakan Keputusan)

Program ini merupakan program penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam atau swasta sama ada di semester pertama dan seterusnya untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di 𝑫𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑵𝒆𝒈𝒂𝒓𝒂 sahaja.

Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2024 (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon :

Tarikh Permohonan: 1 April – 22 April 2023

Senarai Bidang Pengajian Yang Ditaja

Pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT dalam mana-mana bidang yang bermanfaat adalah layak untuk memohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK ini.

Syarat Kelayakan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2023

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK adalah seperti berikut :

A. Syarat Umum

  1. Terbuka kepada semua lepasan SPM.
  2. Warganegara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.
  3. Pemohon terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  4. Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  5. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.
  6. Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama dari mana-mana IPTA sahaja.

B. Syarat Akademik

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat akademik mengikut peringkat pengajian.

i) Sijil Kemahiran

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) perlu sekurang-kurangnya telah atau sedang menduduki tahap 2 atau Sijil Kemahiran lain sekurang-kurangnya lulus SPM.

ii) Diploma

  • PNGK Diploma adalah 3.5 pada semester 1 dan seterusnya;
  • Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada Gred C dan ke atas) 7 kredit.

iii) Ijazah Sarjana Muda

  • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Diploma;
  • STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ke atas;
  • Mempunyai STAM yang setara dengan STPM;
  • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Matrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti.

Cara Mohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK Online

  1. Layari ke laman web https://eagihan.e-maik.my/
  2. Pilih jenis bantuan dan masukkan nombor kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘semak kelayakan’.
  4. Masukkan jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang ‘semak’.
  5. Lengkapkan borang permohonan.
  6. Hantar permohonan tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 09 742 1519 atau emel ke alamat info_pendidikan@e-maik.my.

Leave a Reply