Permohonan BKNS 2024 Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (Semakan Keputusan). Panduan buat pelajar lepasan SPM dan STPM yang mengikuti pengajian ke Universiti Awam tahun 2024. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Sabah mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana tahun 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) sehingga 21 Julai 2022 menerusi laman web BKNS www.biasiswa.sabah.gov.my.
Permohonan BKNS 2024 Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah termasuklah memaparkan tarikh, syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan cara hubungi :
Tarikh Permohonan:
Syarat Kelayakan Umum & Akademik Biasiswa BKNS
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah adalah seperti berikut :
A. Had Umur
- Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
- Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
B. Kelayakan Akademik
i. Kursus Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.
ii. Kursus Sarjana Muda
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
- Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
- Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
- Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
iii. Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi dalam negeri sahaja.
Bidang Pengajian Ditaja BKNS
a. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
- Juruukur
- Pertanian
- Jurukur Bahan
- Perakaunan
- Kejuruteraan
- Sains Tulen
- Kesihatan
- Perusahaan Ternak
- Seni Bina (Architecture)
- Pengurusan Hartanah
- Teknologi Maklumat
b. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
- Akuakultur
- Perikanan
- Ekonomi
- Pertanian
- Farmasi
- Perubatan
- Juru Ukur Bahan
- Perhutanan
- Kejuruteraan
- Perubatan Veterinar
- Komunikasi
- Psikologi
- Matematik
- Sains Alam Sekitar
- Pendidikan
- Pengajian Islam
- Sains Komputer
- Perakaunan
- Undang-undang
Cara Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Online
Permohonan hendaklah melalui sistem ‘online’ dengan melayari laman sesawang www.biasiswa.sabah.gov.my mulai 21 Jun 2022.
Nota : Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti
yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
Semakan Keputusan BKNS 2024
Semakan keputusan permohonan boleh disemak melalui pautan di www.biasiswa.sabah.gov.my atau menerusi emel.
BACA JUGA: Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT
Saya ingin tahu apakah BKNS telah menerima permohonan saya?
Bolehkah saya menerima balasan anda melalui email saya?
Sekian terima kasih.
Rayuan BKNS untuk 2022 bla dbuka agaknya..,
selamat petang, saya dari pelajar perakaunan kolej vokasional tawau , berumur 20 tahun . Buat masa kini, saya tengah internship/praktikal di salah satu company di tawau sabah. Selepas saya praktikal, kemungkinan besar saya akan melanjutkan pelajaran di PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) Tawau sabah, untuk jurusan perakaunan Sarjanah Muda. Persoalannya, adakah saya layak untuk memohon BKNS?
Selain itu, setelah saya menamatkan praktikal, kemungkinan juga saya akan graduation terlebih dahulu sebelum saya menyambung pelajaran saya di (PJJ).