Permohonan Diploma PPUM 2024 Online Universiti Malaya (Semakan)

Permohonan Diploma PPUM 2024 Online Universiti Malaya (Semakan). Berminat melanjutkan pengajian dalam Program Diploma PPUM? Panduan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2023 yang berminat menceburi bidang kejururawatan dan PERUBATAN. Untuk makluman, Universiti Malaya (UM) mempelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Program Diploma di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ambilan September 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi UM bermula daripada 11 Mac sehingga 16 Jun 2024.

Permohonan Diploma PPUM 2024 Online Universiti Malaya

Pusat Perubatan Universiti Malaya atau ringkasnya PPUM adalah suatu program yang menawarkan beberapa bidang pengajian iaitu Diploma Kejururawatan, Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Maklumat Perubatan.

Permohonan Diploma PPUM 2024 Online Universiti Malaya

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Diploma PPUM termasuk memaparkan tarikh penting, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Penting Kemasukan Diploma PPUM 2024

  • Tarikh Permohonan: 11 Mac – 16 Jun 2024
  • Tarikh Pendaftaran: 1 September 2024

Syarat Kelayakan Diploma PPUM 2024

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Diploma PPUM adalah seperti berikut:

A. Syarat Am

i. Berumur 18 hingga 22 tahun

ii. Bujang

iii. 3 Tahun (Sepenuh Masa)

iv. Sihat fizikal dan mental serta mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.

B. Syarat Kelayakan Akademik

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat:

i. Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA

ii. Bagi Program Diploma Kejururawatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)

iii. Bagi Program Diploma Radiografi – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi

iv. Bagi Program Teknologi Makmal Perubatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)

Cara Permohonan Diploma PPUM Online

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my atau melalui laman web http://www.ummc.edu.my.
  2. Pemohon perlulah membeli ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.00 untuk membuat permohonan termasuk RM1.00 caj perkhidmatan BSN. No. Pin boleh dibeli mulai 11 Mac 2024.
  3. Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat tepat. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

NOTA:

i. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian 03 – 2028 7047 / 03 – 2028 7071 atau emel ke kewpelajarksk@ummc.edu.my.

BACA JUGA: Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA

Leave a Reply