Permohonan BKNS 2019 Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Online

Permohonan BKNS 2019 Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Online. Adakah anda pelajar IPT Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan? Untuk makluman menerusi portal biasiswa Sabah mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web BKNS mulai 26 Mac hingga 25 April 2019.

Permohonan BKNS 2019 Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Online

Permohonan BKNS 2019 Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2019 termasuklah memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan cara hubungi ;

Syarat Kelayakan Umum & Akademik Permohonan BKNS 2018

A. Had Umur

● Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.

● Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.

B. Kelayakan Akademik

i. Kursus Diploma

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.

ii. Kursus Sarjana Muda

● Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.

● Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.

● Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

● Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

● Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

iii. Perubatan, Pergigian dan Farmasi

● Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.

Bidang Pengajian Ditaja BKNS

a. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)

● Juruukur

● Pertanian

● Jurukur Bahan

● Perakaunan

● Kejuruteraan

● Sains Tulen

● Kesihatan

● Perusahaan Ternak

● Seni Bina (Architecture)

● Pengurusan Hartanah

● Teknologi Maklumat

b. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)

● Akuakultur

● Perikanan

● Ekonomi

● Pertanian

● Farmasi

● Perubatan

● Juru Ukur Bahan

● Perhutanan

● Kejuruteraan

● Perubatan Veterinar

● Komunikasi

● Psikologi

● Matematik

● Sains Alam Sekitar

● Sains Biologi Marin

● Pelancongan dan Hospitaliti

● Sains Bioteknologi

● Pendidikan

● Sains dan Teknologi Makanan

● Pengajian Islam

● Sains Komputer

● Perakaunan

● Undang-Undang

● Pergigian

Cara Permohonan BKNS Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2019 Online

a. Permohonan dibuat melalui Online dengan melayari web :
http://www.biasiswa.sabah.gov.my.

b. Pemohon mestilah mempunyai E-Mail peribadi untuk permohonan online.

c. Bagi daerah-daerah berikut yang kemungkinan menghadapi kesukaran akses kepada online ada disediakan borang permohonan :

i. Pejabat Daerah : Kinabatangan, Tongod, Pitas, Kuala Penyu, Kunak dan Semporna.

ii. Pejabat Daerah Kecil : Matunggong, Pagalungan, Sook, Tungku, Banggi, Kemabong Paitan dan Telupid.

iii. Perpustakaan : Nabawan, Beluran, Kota Marudu dan Ranau.

d. Borang permohonan yang lengkap diisi dan berserta salinan-salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah disahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:-.

Bahagian Biasiswa dan Latihan
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Tingkat 3, Wisma Perindustrian
Jalan Istiadat, Likas
Beg Berkunci No. 2076
88999 KOTA KINABALU, SABAH.

Nota :

i. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti
yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

ii. Keputusan permohonan boleh di semak melalui Online.

iii. Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pejabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut.

Selamat membuat permohonan BKNS 2018 Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini sekaligus dapat membantu pembiayaan kos pengajian anda.

Leave a Reply

%d bloggers like this: