Permohonan KUIPs 2024 Kolej Universiti Islam Perlis (Semak Status)

Permohonan KUIPs 2024 Kolej Universiti Islam Perlis (Semak Status). Panduan buat pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Untuk makluman, bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Kolej Universiti Islam Perlis bagi program Asasi, Diploma dan Ijazah sesi pengajian tahun 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web http://kuips.edu.my/.

Permohonan KUIPs 2024 Kolej Universiti Islam Perlis (Semak Status)

KUIPs ditubuhkan pada 17 Jun 2013 dimana kini terdapat lebih 20 program pengajian yang ditawarkan di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Kedoktoran. Antara fakulti program pengajian iaitu fakulti Pengajian Islam, fakulti Al-Quran Dan As-Sunnah, fakulti Muamalat Dan Kewangan Islam, fakulti Perniagaan Dan Sains Pengurusan dan banyak lagi.

Permohonan KUIPs 2024 Kolej Universiti Islam Perlis (Semak Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Kolej Universiti Islam Perlis termasuk memaparkan program pengajian dan cara permohonan :

Kolej Universiti Islam Perlis atau ringkasnya KUIPs adalah sebuah institusi pendidikan yang unik berasaskan pembangunan dana dan generasi sumber manusia melalui konsep Program Pendidikan Waqf yang baru di Malaysia. Ianya merupakan institusi pengajian tinggi yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Senarai Program Pengajian KUIPs

Terdapat beberapa program pengajian yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Perlis iaitu ;

  • Fakulti Pengajian Islam
  • Fakulti Al-Quran Dan As-Sunnah
  • Fakulti Muamalat Dan Kewangan Islam
  • Fakulti Perniagaan Dan Sains Pengurusan

Cara Permohonan Kolej Universiti Islam Perlis 2024 Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web http://kuips.edu.my/v4/permohonan-atas-talian/

2. Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang dikehendaki.

3. Pemohon perlu menyediakan dokumen secara foto dalam format JPEG bagi KAD PENGENALAN, GAMBAR, KELAYAKAN AKADEMIK (SPM,STPM,STAM, DLL) bagi tujuan pengaktifan proses permohonan.

4. Pemohon perlu masukkan emel yang aktif bagi tujuan pengaktifan permohonan.

Nota : Surat tawaran boleh disemak oleh pemohon dengan memuat turun di laman web rasmi KUIPs. Tiada surat tawaran akan dihantar secara pos kepada pemohon.

Semakan Status Permohonan KUIPs 2024 Online

Semakan status boleh dibuat secara online menerusi laman web https://kuips.edu.my/v4/semak-status-permohonan/

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian 04- 9851150 atau emel ke info@kuips.edu.my.

Leave a Reply