Permohonan Program Asasi Kolej MARA 2020 (KM) Online

Permohonan Program Asasi Kolej MARA 2020 (KM) Online. Anda berminat untuk menyambung pengajian dalam peringkat Asasi? Panduan buat pelajar lepasan SPM tahun 2019 yang berminat melanjutkan pengajian ke Kolej MARA. Untuk makluman, bagi anda yang berkelayakan dan berminat boleh memohon Program Asasi Kolej MARA tahun 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula daripada 5 Mac 2020 di laman web rasmi MARA.

Permohonan Program Asasi Kolej MARA 2020 (KM) Online

Permohonan Program Asasi Kolej MARA 2020 (KM) Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Asasi Kolej MARA termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 5 Mac – 1 April 2020

Syarat Kemasukan Program Asasi Kolej MARA

SYARAT UMUM

a. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
b. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
c. Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
d. Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
e. MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.

SYARAT KHUSUS

a. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2019.
b. Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM ASASI KOLEJ MARA seperti yang diiklankan.

SENARAI PROGRAM

Pemohon hanya boleh memohon program pengajian peringkat asasi yang ditawarkan oleh pihak MARA seperti berikut:

  • Asasi Sains Kolej MARA – KM Kulim, Kedah
  • Asasi Kejuruteraan & Teknologi Kolej MARA – KM Kuala Nerang, Kedah
  • Asasi Perniagaan Kolej MARA – KM Kuala Nerang, Kedah

Cara Permohonan Program Asasi Kolej MARA Online

a. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) di laman web MARA
http://www.mara.gov.my mulai 5 Mac 2020 (Khamis) jam 5.00 petang hingga 1 April 2020 (Rabu) jam 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:

Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081
Email : upim.bpt@mara.gov.my
Facebook : Hi-Edu MARA – Kolej Profesional MARA
Twitter : Hi Edu MARA
Telegram : Hi Edu MARA
Instagram : Hi Edu MARA
Portal UPIM : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
WhatsApp : +6011-58521184
Muat turun aplikasi telefon pintar melalui aplikasi Google Play Store: Kolej MARA

Leave a Reply

%d bloggers like this: