Permohonan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong 2023/2024 BYDPA Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong 2023/2024 BYDPA Online (Semakan Keputusan). Bilakah tarikh permohonan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong sesi baharu dibuka? Berita baik buat calon yang ingin membuat permohonan biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Untuk makluman, JPA mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) tahun 2023 bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah. Permohonan ini boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian (online) melalui laman sesawang JPA http://esilav2.jpa.gov.my bermula pada 30 Januari hingga 3 Mac 2023.

Permohonan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong 2023/2024 BYDPA Online (Semakan Keputusan)

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong adalah biasiswa kerajaan Malaysia di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PHD) di dalam dan luar negara dalam bidang Sains, Teknologi, Undang-Undang, Ekonomi dan Kewangan Islam.

Permohonan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong 2023/2024 JPA (BYDPA)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 30 Januari – 3 Mac 2023

Syarat Kelayakan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong 2023

Antara syarat-syarat kelayakan memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong adalah seperti berikut :

A. Syarat-syarat Umum

a) Warganegara Malaysia.

b) Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

B. Syarat-syarat Khusus 

a) Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;

b) Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan
atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;

c) Calon yang mempunyai pertuturan lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan;

d) Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian;

BIDANG PENGAJIAN DITAWARKAN TAJAAN

  • Sains dan Teknologi
  • Ekonomi
  • Undang-Undang
  • Kewangan Islam

Cara Memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2023 Online

Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my/.

Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 10 Mac 2023 sama ada secara serahan tangan atau pos.

Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Semakan Keputusan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong 2023

Bagi pemohon yang memenuhi syarat permohonan dan saringan lanjut oleh
pihak JPA sahaja akan disenaraipendek untuk menghadiri temuduga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal untuk disenaraipendek menghadiri temuduga.

Pemohon hendaklah mencetak surat panggilan temuduga dan membawanya bersama dokumen atau sijil asal untuk dokumen sokongan yang dinyatakan di atas semasa menghadiri temuduga.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang BYDPA boleh hubungi talian 03- 8885 3053 /3571 pada setiap hari bekerja (9.00 pagi – 5.00 petang) atau e-mel kepada penawaranldp@jpa.gov.my.

BACA JUGA : Senarai Tawaran Biasiswa Pelajaran 2023

Leave a Reply

%d bloggers like this: