Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia 2024 Online (Lelaki Siri 200)

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia 2024 Online (Lelaki Siri 200). Bilakah tarikh pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat dibuka? Berita baik buat lepasan SPM/SPVM dan Setaraf yang ingin menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai perajurit muda. Untuk makluman, pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia tahun 2023 untuk Lelaki Siri 199 dibuka bermula pada 17 Julai sehingga 20 Ogos 2023. Bagi calon yang berkelayakan boleh mohon Perajurit Muda Tentera Darat secara online di laman portal rasmi JOM MASUK TENTERA https://jmt.mod.gov.my.

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia 2024 Online

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia 2024 Online (Lelaki Siri 200)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat termasuk memaparkan syarat kemasukan, cara mohon dan senarai gaji :

Tarikh permohanan: 17 Julai – 20 Ogos 2023

Syarat Kelayakan Pengambilan Perajurit Muda TDM 2024

Antara syarat-syarat kelayakan pengambilan perajurit muda tentera darat adalah seperti berikut :

A. Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2023.
  3. Penglihatan – Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna.
  4. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran.
  5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan – Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

B. Syarat Fizikal

1. Tinggi:
i. Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
ii. Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

2. Berat:
i. Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
ii. Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg

3. Indeks Jisim Badan (BMI) : Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0.

C. Syarat Akademik

  1. Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
  2. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah.

D. Syarat Tambahan

  1. Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
  2. Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik atau pancaragam.
  3. Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.
Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia 2023 Online (Lelaki Siri 197)

Artikel Berkaitan: Senarai Pangkat Dan Lencana Tentera Darat

Senarai Skim Gaji Kemasukan Tentera Darat Malaysia

  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
  2. SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
  6. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Cara Mohon Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2024 Online

Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi pautan seperti berikut ;

Nota: Bagi calon yang layak akan disenarai pendek untuk menghadiri ujian pemilihan akhir.

Untuk dapatkan keterangan lanjut sila hubungi di talian :

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia,
Markas Tentera Darat 2, Wisma Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur

Telefon Bimbit Pegawai:
017-4033752: Leftenan Noraini
019-2536556: Staf Sarjan Ridhwan
No Telefon Pejabat: 03-4014 0470 (Waktu Hari Bekerja)
Email: selpengambilandarat@gmail.com

BACA JUGA: Permohanan Perajurit Muda TLDM

Sumber: https://army.mil.my/index.php/ms/kerjaya/iklan-pengambilan/panduanpermohonan

Leave a Reply