Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2021 Online (Siri 223/22) Bagi Lepasan SPM

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2021 Online (Siri 223/22). Berminat menyertai Perajurit Muda TLDM? Panduan buat lepasan SPM/SVM dan Diploma Kejuruteraan yang berminat untuk menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai Perajurit Muda. Untuk makluman, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa kepada belia/beliawanis tanah air yang berkelayakan untuk membuat permohonan Perajurit Muda TLDM tahun 2021 (Siri 223/22) secara online menerusi laman web rasmi TLDM. Pendaftaran ini boleh dibuat bermula daripada 11 Jun hingga 2 Julai 2021.

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2021 Online (Siri 223/22) Bagi Lepasan SPM

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2021 Online (Siri 223/22)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengambilan Perajurit Muda TLDM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : 11 Jun – 2 Julai 2021

Syarat Kelayakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM

Antara syarat-syarat pengambilan Perajurit Muda dalam Tentera Laut Diraja Malaysia adalah seperti berikut :

SYARAT AM

  1. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 28 Februari 2022.
  2. Lepasan SPM dan SVM bagi lelaki dan wanita.
  3. Lepasan Diploma Kejuruteraan dan Politeknik/ Universiti Awam/ Swasta bagi lelaki sahaja.
  4. Taraf perkahwinan bujang.
  5. Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah/ dadah dan juvana.
  6. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum PKBM, Sijil PLKN atau kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

SYARAT KHAS

  1. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
  2. Taraf kesihatan sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit asma, penyakit kronik yang lain dan tidak mempunyai penyakit keturunan. Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Peruhatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.
  3. Syarat minimum ukuran fizikal. Berat badan minima 47.5kg (lelaki) dan 46.5 (wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita), Body Mass Index di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita). Ukuran badan minima bagi lelaki adalah 76sm.

SYARAT AKADEMIK

A. Lepasan SPM/ SVM

1. Sijil Pelajaran Malaysia – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus dalam Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian :

  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik

2. Sijil Vokasional Malaysia – Kepujian dalam Bahasa Melayu.

B. Lepasan Diploma Kejuruteraan

1. Sijil Pelajaran Malaysia setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu.

2. Pemohon perlu mengemukan Sijil Diploma, transkrip dan sijil perakauan akreditasi.

3. Diploma yang diiktiraf oleh MQA seperti berikut :

  • Diploma in Engineering
  • Diploma in Electrical Engineering
  • Diploma in Electronic Engineering
  • Diploma in Electrical and Electronic Engineering
  • Diploma in Marine Engineering
  • Diploma in Software Engineering
  • Diploma in Information Engineering
  • Diploma in Telecommunications Engineering
  • Diploma in Mechanical Engineering
  • Diploma in Mechatronic Engineering
  • Diploma in Manufacturing Engineering
  • Diploma Engineering in Aircraft Maintenance
  • Advanced Diploma in Engineering
  • Diploma in Microelectronics Engineering
Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2021 Online (Siri 223/22) Bagi Lepasan SPM

Gaji Perajurit Muda TLDM

Gaji permulaan :

GajiJumlah
Latihan Perajurit Muda (6 bulan) RM1774.00
Diperjawatkan (kelulusan) :
i. SPM/ SVM
ii. Diploma Kejuruteraan
RM1879.00
RM2341. 07

*Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM (RM200).

Cara Permohonan Perajurit Muda TLDM Online

  1. Pemohon perlu mengimbas Kod QR untuk mendaftar maklumat awal.
  2. Butiran maklumat awal akan disemak dan diproses oleh TLDM.
  3. Calon yang berjaya melepasi tapisan maklumat awal akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel yang didaftarkan pada 5 Julai 2021.
  4. Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa tiga hari dari tarikh penerimaan borang.
  5. Pemohon yang berjaya atau gagal akan diberi tahu melalui emel selepas tapisan.
  6. Pemohon perlu melapor diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang terpilih.
  7. Pemohon perlu mendaftar hanya sekali sahaja.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang pengambilan Perajurit Muda TLDM boleh terus hubungi di talian 019 2104163 atau emel ke pengambilantldm@navy.mil.my.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran sebagai Perajurit Muda dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

BACA JUGA : Jadual Pemilihan Akhir Perajurit Muda TLDM

Leave a Reply