Contoh Soalan UKCG 2024 Ujian Kelayakan Calon Guru (Jawapan). Bilakah tarikh panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) tahun 2024? Panduan buat anda yang berjaya dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk kemasukan Institut Pendidikan Guru ambilan Jun 2024. Untuk makluman menurut daripada kalendar IPG, ujian UKCG akan diadakan pada bulan April 2024. Bagi anda yang layak menduduki UKCG sudah pastinya ingin mengetahui contoh soalan Ujian Kelayakan Calon Guru? Berikut adalah contoh soalan UKCG sebagai panduan buat calon.
Contoh Soalan UKCG 2024 Ujian Kelayakan Calon Guru
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan Ujian Kelayakan Calon Guru termasuk memaparkan tarikh penting panggilan UKCG :
Tarikh Ujian Kelayakan Calon Guru
Tarikh Semakan Panggilan UKCG : akan dikemaskini
Maklumat Penting Ujian Kelayakan Calon Guru
Untuk makluman Ujian Kelayakan Calon Guru terdiri daripada dua (2) sesi iaitu Sesi Ujian Bertulis dan Sesi Ujian Kecergasan Fizikal.
A. Sesi Ujian Bertulis
○ Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang mesti dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
B. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal
○ Semua calon mesti menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
○ Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama atau kedua mesti menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
○ Calon mesti menandatangani Surat Akaun Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.
ARTIKEL BERKAITAN : Semakan Panggilan Temuduga IPG Online
Contoh Soalan INSAK Ujian Kelayakan Calon Guru
Antara contoh-contoh soalan UKCG bagi program PISMP sebagai rujukan buat calon adalah seperti berikut :
1. Saya sering cari peluang untuk membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat.
A. Setuju B. Tidak setuju
2. Sekolah tidak bertanggungjawab dengan soalan guru
A. Setuju B. Tidak setuju
3. Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik sahaja
A. Setuju B. Tidak setuju
4. Saya akan dipandang rendah jika merendah diri
A. Setuju B. Tidak setuju
5. Berbincang teknik mengajar dengan rakan sejawat akan merugikan masa
A. Setuju B. Tidak setuju
6. Jika dikritik, saya akan membalas dengan kritikan yang lebih tajam
A. Setuju B. Tidak setuju
7. Saya akan cuba meningkatkan kemahiran mengajar pada bila-bila masa
A. Setuju B. Tidak setuju
8. Melakukan kesilapan bukan perkara yang memalukan, yang pentingnya mesti berusaha membetulkanya.
A. Setuju B. Tidak setuju
9. Jika tersilap, biar masa melupakanya
A. Setuju B. Tidak setuju
10. Apabila saya telah membuat keputusan, saya tidak suka orang menghalang saya melaksanakanya.
A. Setuju B. Tidak setuju
NOTA: Contoh soalan ujian bertulis UKCG di atas adalah bukan soalan sebenar ianya sebagai panduan buan calon sahaja.
BACA JUGA: Senarai IPG Institut Pendidikan Guru
ujian insak ni semua objektif ke?