Permohonan Program Asasi TVET 2024 Online Sesi 1 (Semakan Tawaran)

Permohonan Program Asasi TVET 2024 Online Sesi 1 (Semakan Tawaran). Berminat dalam program Asasi? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke Politeknik. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan kemasukan ke Program Asasi TVET ambilan sesi 1 2023/2024 bagi lepasan SPM/Setaraf kini dibuka mulai 15 Mei sehingga 9 Jun 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2.

Permohonan Program Asasi TVET 2024 Online Sesi 1 (Semakan Tawaran)

Penawaran Program Asasi TVET ini bertujuan untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan. Tempoh pengajian bagi Program Asasi TVET adalah setahun atau dua (2) semester pengajian dengan setiap semester adalah selama enam bulan.

Permohonan Program Asasi TVET 2024 Online Sesi 1 (Semakan Tawaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan program Asasi TVET termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, senarai program dan cara mohon:

Tarikh Penting Kemasukan Program Asasi TVET

  • Permohonan dibuka: 15 Mei – 9 Jun 2023
  • Keputusan permohonan: 26 Jun 2023
  • Cetakan surat tawaran: 27 Jun 2023
  • Permohonan rayuan dibuka: 26 Jun – 5 Julai 2023
  • Keputusan rayuan: 31 Julai 2023
  • Cetakan surat tawaran (rayuan): 3 Ogos 2023
  • Pendaftaran pelajar: bermula 16 Julai 2023

Syarat Kemasukan Program Asasi TVET

a. Warganegara Malaysia.

b. Memiliki SPM atau setaraf.

c. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas).

d. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau satu (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiaannya.

e. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.

Kelebihan Program Asasi TVET

Bagi Lepasan program Asasi TVET diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana empat universiti dibawah MTUN iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Permohonan Program Asasi TVET 2023/2024 Online Sesi 1 (Semakan Tawaran)

Senarai Program Asasi TVET

Terdapat tujuh program yang ditawarkan dalam program Asasi TVET iaitu ;

  • Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu dengan Kepujian;
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) dengan Kepujian;
  • Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian;
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian;
  • Sarjana Muda teknologi Kejuruteraan Awam dengan Kepujian;
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (rekabentuk Automotif)
  • Sarjana Muda Sains Kepujian Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.
Permohonan Program Asasi TVET 2023/2024 Online Sesi 1 (Semakan Tawaran)

Cara Mohon Kemasukan Program Asasi TVET

Permohonan ini boleh dibuat melalui portal https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 019 8683738 (whatsapp sahaja) atau 0388883837/ 0388919341/ 0388919117 atau emel ke jppkk.ambilan@mohe.gov.my.

BACA JUGA: Cara Mohon Sarjana Muda Politeknik

Leave a Reply