eSemak Sistem Semakan Syarat Kemasukan Politeknik Online

eSemak Sistem Semakan Syarat Kemasukan Politeknik Online. Berminat melanjutkan pengajian ke Politeknik? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Politeknik ambilan 2020. Untuk makluman, permohonan kemasukan Politeknik boleh dibuat dua kali setahun iaitu menerusi permohonan UPUOnline atau terus ke laman web Politeknik. Sebelum permohonan, anda perlu merujuk syarat kelayakan Politeknik terlebih dahulu untuk memastikan bidang atau program yang dipohon menepati syarat.

eSemak Sistem Semakan Syarat Kemasukan Politeknik Online

Kini pemohon boleh membuat semakan syarat kemasukan ke Politeknik Premier/ Konvesional secara online menerusi sistem e-Semak. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu sistem aplikasi iaitu e-semak untuk memudahkan pelajar membuat semakan bidang pengajian yang layak dipohon untuk kemasukan ke Politeknik Premier dan Konvensional/ METrO.

eSemak Sistem Semakan Syarat Kemasukan Politeknik Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan syarat kelayakan Politeknik Premier atau Konvensional termasuk memaparkan aplikasi e-semak online :

Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui penubuhan Politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh pada tahun 1969. Kini terdapat tiga jenis Politeknik iaitu Politeknik Premier, Konvensional dan Metro di seluruh negara.

Cara Semak Syarat Kemasukan Politeknik

1. Layari ke aplikasi semak syarat kemasukan Politeknik di e-semak Politeknik 

2. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa simbol dash (-). Contoh : 987624265088

3. Pilih subjek matapelajaran yang diambil dan gred keputusan SPM diperolehi.

4. Klik butang ‘SEMAK‘.

eSemak Sistem Semakan Syarat Kemasukan Politeknik Online

Untuk bantuan dan pertanyaan, sila hubungi kami di 03-8888 3837 atau emel jppkk.ambilan@moe.gov.my

BACA JUGA : Permohonan Kemasukan Politeknik 2020

Leave a Reply