Permohonan Sarjana Muda Politeknik 2023/2024 Online Sesi 1 (Semakan Tawaran). Panduan buat pelajar lepasan Diploma Politeknik yang telah tamat latihan industri. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Program Sarjana Muda Politeknik sesi pertama 2023/2024 dibuka bermula daripada 15 Mei hingga 14 Julai 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi mypolycc.

Permohonan Sarjana Muda Politeknik 2023/2024 Online (Sesi 1)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Sarjana Muda Politeknik termasuk memaparkan syarat kemasukan, senarai program dan aplikasi permohonan :
Tarikh Kemasukan Sarjana Muda Politeknik 2023/2024
- Tarikh permohonan : 15 Mei – 14 Julai 2023
- Semakan panggilan temuduga : 21 Julai 2023
- Sesi temuduga : 25 – 28 Julai 2023
- Keputusan permohonan : 11 Ogos 2023
- Borang permohonan rayuan : 11 – 20 Ogos 2023
- Semakan keputusan rayuan : 25 Ogos 2023
- Pendaftaran pelajar : bermula 3 September 2023
Senarai Program Ditawarkan Sarjana Muda Politeknik
Antara program-program yang ditawarkan Sarjana Muda Politeknik adalah seperti berikut :
1. Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian (BVC)
2. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti (BFH)
3. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian (BCT)
4. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian (BEU)
5. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian (BMS)
6. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian (BMA)
7. Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian (BFM)
NOTA: Sila klik pada pautan https://bit.ly/degreepoliteknik untuk mengetahui program pengajian yang ditawarkan.

Cara Permohonan Sarjana Muda Politeknik Online
Permohonan boleh dibuat melalui portal http://ambilan.mypolycc.edu.my atau imbas pada kod QR seperti yang tertera mulai 15 Mei 2023.
Nota :
a. Permohonan Program Sarjana Muda ini hanya dibuka kepada lulusan Diploma Politeknik KPM sahaja.
b. Senarai program dan syarat kemasukan boleh dirujuk pada pautan ini.
Sebarang pertanyaan tentang kemasukan ke Sarjana Muda Politeknik boleh hubungi di talian 0388883837 atau emel ke jppkk.ambilan@mohe.gov.my