Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan 2019 PLKPK Online

Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan 2019 PLKPK Online. Perhatian buat lepasan SPM/STPM yang berminat melanjutkan pengajian peringkat Sijil dan Diploma dalam bidang kemahiran pertanian. Untuk makluman menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menawarkan kemasukan ke Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) ambilan Julai 2019 bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Permohonan boleh dibuat secara online di laman web www.moa.gov.my atau portal UPUOnline bermula daripada 1 April hingga 12 Mei 2019.

Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan 2019 PLKPK Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan PLKPK termasuk memaparkan syarat kemasukan, cara permohonan, senarai institusi dan insentif :

Syarat-syarat Kemasukan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan

Antara syarat-syarat kemasukan ke PLKPK seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia

ii. Memiliki sekurang-kurangnya SPM atau setaraf

iii. Berumur 18 hingga 25 tahun

iv. Sihat tubuh badan

Bidang Latihan Kemahiran Pertanian Yang Ditawarkan

● Tanaman
● Pengeluaran Padi
● Ternakan Ruminan
● Ternakan Poltri
● Akuakultur Marin
● Akuakultur Air Tawar
● Teknologi Perikanan Tangkapan
● Pemprosesan Makanan
● Pemasaran

Institut Latihan Pertanian

● Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah
● Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Perak
● Akademi Perikanan Malaysia, Terengganu
● Institut Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang
● Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
● Institut Pertanian Serdang, Selangor
● Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
● Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
● Institut Pertanian Sarawak, Sarawak
● Institut Veterinar Malaysia, Johor
● Institut Teknologi Unggas, Melaka
● Institut Latihan FAMA, Kelantan
● MADA Rice Training Center (MRTC), Kedah
● Pusat Latihan MARDI, Selangor
● Pusat Latihan Perikanan Tangkapan Tg. Manis, Sarawak

Insentif Kepada Pelatih

i. Yuran pengajian percuma *
ii. Elaun RM200-RM300 sebulan
iii. Penginapan disediakan
iv. Makan dan minum disediakan

*Pelatih hanya perlu membayar sebanyak RM330 untuk bayaran premium insurans, setem hasil surat perjanjian, deposit asrama, baju korporat dan pembukaan akaun Agrobank.

Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan 2019 PLKPK Online

Cara Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan 2019 Online

Untuk makluman, pengambilan pelatih baru Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dibuka sebanyak dua (2) kali setahun iaitu pengambilan sesi Januari dan Julai setiap tahun. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web di pautan berikut :

A. Kemasukan Januari

Laman Web Rasmi BLKP – http://www.moa.gov.my/blkp (dibuka mulai Oktober-Disember)

B. Kemasukan Julai

i) Laman Web Rasmi BLKP – http://www.moa.gov.my/blkp (dibuka mulai April-Jun)
ii) Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia –http://www.upu.moe.gov.my (dibuka mulai Januari-Jun)

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi :

Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian

(BLKPK)

Kementerian Pertanian dan Industri Asas

Tani,

Aras 3, Wisma Tani (Blok Menara),

No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624

Putrajaya.

Tel : 03-8870 1695 / 1692 / 1802

Faks : 03-8888 1699 / 03-8870 6908

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke institusi pengajian dalam program PLKPK.

Leave a Reply

%d bloggers like this: