Permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman 2025 JKPJ (Semakan Keputusan)

Permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman 2025 JKPJ (Semakan Keputusan). Bilakah permohonan biasiswa JPA tahun 2025 dibuka? Berita baik buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2024 yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa kepada pemohon yang berminat untuk memohon biasiswa JPA bagi Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman tahun 2025. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman sesawang esilav2.jpa.gov.my bermula daripada 28 April sehingga 11 Mei 2025.

Permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman 2024 JKPJ (Semakan Keputusan)

Permohonan adalah terbuka kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2024 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ).

Permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman 2025 (JKPJ) JPA Scholarship

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang biasiswa Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2024 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan China. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah pertama di negara-negara berkenaan.

Tarikh Penting Permohonan JKPJ 2025

  • Tarikh Permohonan: 28 April – 11 Mei 2025
  • Pengisian UKPP & IBK: 28 April – 11 Mei 2025
  • Semakan Panggilan SAC: 2 Jun – 5 Jun 2025
  • Tempoh SAC: 10 Jun – 12 Jun 2025
  • Keputusan: bulan Julai 2025

Syarat Kelayakan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Antara syarat-syarat kelayakan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman adalah seperti berikut :

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;

(iii) Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2024;

(iv) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada tahun peperiksaan SPM diduduki;

(v) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan

(vi) Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

* Untuk dapatkan maklumat tentang syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan di pautan https://drive.google.com/file/d/17gLHC_pmp95SFyNpyaqQZvqwKTuuJIIe/view

Cara Mohon Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Online

1. Permohonan dibuka secara atas talian di pautan https://penajaan.jpa.gov.my/ atau http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JKPJ

2. Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan
Persekutuan (UKPP) yang dibuka mulai 28 April 2025 (Isnin), 2.00 petang hingga 11 Mei 2025 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak
ditawarkan penajaan.

3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan UKPP dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JKPJ Tahun 2025 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC) 

Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC.
Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. Program SAC dijadualkan berlangsung mulai 10 hingga 12 Jun 2025 mengikut zon pusat temu duga.

Dokumen Perlu Dibawa Menghadiri Program SAC

Dokumen Asal:
(a) Kad Pengenalan Calon.
(b) Sijil Kelahiran Calon.
(c) Surat Panggilan Student Assessment Centre (SAC).
(d) Penyata EA (Penyata Gaji Pekerja Swasta) atau Penyata EC (Penyata gaji
agensi Kerajaan) (jika ada) dan Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan ibu
atau/dan bapa atau/dan penjaga.

Satu (1) Salinan Dokumen yang disahkan:
(a) Kad Pengenalan Calon, Ibu dan Bapa.
(b) Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa.
(c) Penyata Bayaran Pencen/ Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga.
(d) Sijil Warganegara ibu dan/atau bapa dan/atau penjaga (sekiranya berkaitan).

Semakan Keputusan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman 2025

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JKPJ ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my selewat-lewatnya pada bulan Julai 2025.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh menghubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 atau emel ke lepasanspm2025@jpa.gov.my.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT

Leave a Reply