Permohonan SMA MAIWP 2020 Labuan (Tingkatan 1)

Permohonan SMA MAIWP 2020 Labuan (Tingkatan 1). Bilakah tarikh kemasukan SMISTA MAIWP tahun 2020? Panduan buat pelajar Tahun Enam yang berminat melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Agama MAIWP bagi kemasukan Tingkatan Satu ambilan 2020. Untuk makluman menerusi daripada portal MAIWP, permohonan kemasukan Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan Tingkatan 1 ambilan 2020 akan dibuka mulai 21 November hingga 27 November 2019. Permohonan ini boleh dibuat secara online di portal web rasmi MAIWP dan terbuka kepada yang lahir atau menetap di Wilayah Persekutuan Labuan.

Permohonan SMA MAIWP 2020 Labuan (Tingkatan 1)

Permohonan SMA MAIWP 2020 Labuan (Tingkatan 1)

Berikut dikongsikan adalah tentang kemasukan SMA MAIWP Labuan 2020 termasuk memaparkan tarikh, syarat kemasukan, aplikasi permohonan dan cara hubungi :

● Tarikh Permohonan : 21 November – 27 November 2019

● Aplikasi Permohonan : http://www.maiwp.gov.my

Syarat Kemasukan SMA MAIWP & SMISTA 2020

Antara syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Agama MAIWP adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Keutamaan kepada yang lahir atau bermastautin/ menetap di Wilayah Persekutuan Labuan.
  3. Turut dibuka kepada calon-calon yang berkelayakan di Sabah dan Sarawak.
  4. Menduduki peperiksaan UPSR dan UPSRA atau setaraf dengannya.
  5. Mencapai kelayakan minimum Pelaporan Penilaian Sekolah Rendah (PPSR).
  6. Lulus ujian temuduga.

KELEBIHAN

i. Pelajar SMA MAIWP Labuan akan menerima bantuan persekolahan am kepada mereka yang layak.

ii. Pelajar akan menginap di asrama yang telah disediakan tanpa ada sebarang bayaran.

iii. Makan dan minum disediakan 5 kali setiap hari tanpa sebarang bayaran.

iv. Penyediaan bas pergi dan balik dari asrama ke sekolah secara percuma setiap hari termasuk aktiviti-aktiviti program luar.

v. Pelajar akan berpeluang mengikuti pengajian subjek Akademik dan subjek Ad-Dinni Islami.

Permohonan SMA MAIWP 2020 Labuan (Tingkatan 1)

Cara Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan 2020 Online

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web https://aplikasi.maiwp.gov.my/ismam2020/index.php/Login. Permohonan telah dibuka bermula daripada 21 November hingga 27 November 2019. 

Nota : Temuduga akan dijalankan pada hari Selasa, 3 Disember 2019. 

Untuk makluman lanjut, sila hubungi seperti berikut ;

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan
Kg. Lubok Temiang
Peti Surat 81043
87021 Wilayah Persekutuan Labuan

No. Tel : 087-466332
No. Faks : 087-466334

Semoga anda berjaya ditawarkan kemasukan ke SMA MAIWP Labuan ambilan Januari 2020.

Sumber : MAIWP 

Leave a Reply

%d bloggers like this: