Permohonan SMISTA 2021 SMA MAIWP Online. Bilakah tarikh kemasukan SMISTA MAIWP tahun 2021? Panduan buat pelajar Tahun Enam yang berminat melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP) dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) bagi kemasukan Tingkatan Satu ambilan 2021. Untuk makluman menerusi daripada portal MAIWP, permohonan kemasukan Sekolah Menengah Agama MAIWP dan SMISTA Tingkatan 1 ambilan 2021 dibuka mulai 12 Oktober hingga 25 Oktober 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di portal MAIWP.

Permohonan SMISTA 2021 SMA MAIWP Online
Berikut dikongsikan adalah tentang kemasukan SMA MAIWP dan SMISTA termasuk memaparkan syarat kemasukan, aplikasi permohonan dan cara hubungi :
Tarikh Permohonan : 12 Oktober hingga 25 Oktober 2020
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz atau ringkasnya SMISTA mula beroperasi pada 3 Januari 2011 di bangunan sementara iaitu berkongsi bangunan Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP) di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dengan pengambilan pelajar seramai 55 orang.
Syarat Kemasukan SMA MAIWP & SMISTA 2020
Antara syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Agama MAIWP dan SMISTA adalah seperti berikut :
1. Murid mestilah warganegara Malaysia
2. Keutamaan diberikan kepada anak-anak yang lahir di Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% sahaja dibuka kepada anak-anak kelahiran di luar Wilayah Persekutuan.
3. Memperoleh keputusan akademik yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
4. Memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf
5. Lulus ujian temuduga.
Cara Mohon SMA MAIWP 2021 Online SMISTA
Permohonan boleh dibuat secara online di laman web https://www.maiwp.gov.my/.
Untuk makluman lanjut, sila hubungi di talian 03- 9171 1005.
BACA JUGA : Semakan Keputusan SMA MAIWP dan SMISTA 2021
Sumber : MAIWP
Bole x buka balik permohanan saya nak masuk