Kalendar dan Tarikh Penting UPUOnline 2024/2025 (Intake Baru)

Kalendar dan Tarikh Penting UPUOnline 2024/2025 (Intake Baru). Bilakah tarikh permohonan UPU sesi akademik 2023/2024? Untuk makluman, permohonan UPUOnline kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi pengambilan baharu dibuka pada 7 Februari sehingga 28 Mac 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi UPU https://upu.mohe.gov.my. Sebelum itu, calon perlu ketahui tarikh penting permohonan UPU yang merangkumi tarikh pembelian nombor pin UPU, semakan panggilan, keputusan tawaran dan rayuan permohonan.

Kalendar dan Tarikh Penting UPUOnline 2024/2025 (Intake Baru)

Kalendar dan Tarikh Penting UPUOnline 2024/2025 (Intake Baru)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kalendar permohonan UPUOnline untuk kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti dan ILKA. Permohonan ini terbuka kepada calon lepasan SPM/ STPM dan Setaraf dengannya.

Kalendar Permohonan UPUOnline 2023/2024 IPTA ILKA

  • Permohonan UPU dibuka/ ditutup : 7 Februari – 28 Mac 2023 (Fasa 1), 15 Mei – 12 Jun 2023 (Fasa 2)
  • Proses temuduga/ ujian bagi lepasan SPM : Mei – Jun 2023
  • Proses temuduga/ ujian bagi lepasan STPM/ Setaraf : Mei – Ogos 2023
  • Fasa pengemaskinian lepasan SPM : Minggu pertama Jun 2023
  • Fasa pengemaskinian lepasan STPM/ Setaraf : Minggu ke-4 Julai 2023
  • Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan SPM : Minggu pertama Julai 2023
  • Permohonan rayuan bagi lepasan SPM : Minggu pertama Julai 2023
  • Permohonan rayuan bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu pertama September 2023
  • Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu pertama September 2023

Nota : Pembelian nombor unik ID kemasukan ke IPTA dan ILKA diberi pengecualian bagi sesi akademik 2023/2024.

Syarat Kemasukan ke Universiti Awam/ Politeknik

Bagi lepasan SPM dan STPM/ Setaraf yang ingin memasuki ke Universiti Awam dan Politeknik hendaklah membuat semakan syarat kemasukan menerusi laman web https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/.

Cara Permohonan Kemasukan UA Di UPUOnline

Permohonan kemasukan ke Universiti Awam ambilan 2023/2024 boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://upu.mohe.gov.my/

Sebarang kemusykilan atau maklumat lanjut sila layari ke Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) disini atau hubungi Hotline UPU di talian 03-8684 2363.

BACA JUGA :

Leave a Reply

%d bloggers like this: