Semakan Keputusan KKTM MJII IKM 2026 Online (Semua Sesi)

Semakan Keputusan KKTM MJII IKM 2026 Online (Semua Sesi). Nak semak keputusan TVETMARA? Panduan buat pelajar yang telah membuat permohonan KKTM, IKM dan MJII ambilan 2026. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) & Institut Kemahiran MARA (IKM) akan dibuka sebanyak 4 kali setahun iaitu Sesi Januari, Mei, Julai dan Oktober. Bagi calon yang telah membuat permohonan boleh menyemak tawaran IKM KKTM MJII sesi Julai 2026 bermula daripada 11 Mei 2026 menerusi portal www.tvetmara.edu.my.

Semakan Keputusan KKTM MJII IKM 2026 Online (Semua Sesi)

Semakan Keputusan KKTM MJII IKM 2026 Online (Semua Sesi)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan KKTM IKM MJII termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Tarikh Keputusan KKTM IKM MJII 2026

Sesi Julai 2026

● Tarikh semakan: 11 Mei – 22 Mei 2026

Sesi Januari 2027

● Tarikh semakan: –

Syarat Kemasukan KKTM IKM MJII 2026

Antara syarat-syarat kemasukan IPMA ke KKTM IKM dan MJII adalah seperti berikut :

A. Program Sijil

1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM)

2. Bumiputera

3. Warganegara Malaysia

4. Berumur 18 hingga 40 tahun

5. Sihat tubuh badan

6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

B. Program Diploma

1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM) atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA > 2

2. Bumiputera

3. Warganegara Malaysia

4. Berumur 18 hingga 40 tahun

5. Sihat tubuh badan

6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Cara Semak Keputusan KKTM MJII IKM Online

Keputusan kemasukan ke KKTM MJII IKM boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web https://www.tvetmara.edu.my/

Sekiranya keputusan permohonan tidak berjaya, anda masih berpeluang untuk memohon dengan membuat rayuan.

Sebarang pertanyaan kemasukan IPMA, sila hubungi :

Unit Pengambilan Pelajar
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

No. Tel: 03 2613 4258
No. Faks: 03 26914510
Emel: info@tvetmara.edu.my

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke TVETMARA sesi 2026.

Leave a Reply