Permohonan KKTM MJII IKM 2020 Online (Sesi Januari & Julai)

Permohonan KKTM MJII IKM 2020 Online (Sesi Januari & Julai). Berminat melanjutkan pengajian ke KKTM MJII IKM? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan Mara (IPMA) ambilan 2020. Untuk makluman, Institusi Pendidikan MARA dibahagikan kepada tiga iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) & Institut Kemahiran MARA (IKM). Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke KKTM, MJII dan IKM ambilan Julai 2020 secara atas talian (online) menerusi laman web UPU. 

Permohonan KKTM MJII IKM 2019 Online (Sesi Januari & Julai)

Lazimnya, pengambilan pelajar ke KKTM, IKM dan MJII akan dibuka dua kali dalam setahun iaitu pada sesi JANUARI dan JULAI. Pengajian di KKTM, IKM dan MJII adalah satu institusi bidang kemahiran yang tergolong dalam Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Bagi pengambilan Januari, permohonan secara online di SPUPIM, manakala pengambilan Julai boleh dibuat melalui permohonan UPUOnline.

Permohonan KKTM MJII IKM 2020 Online (Sesi Januari & Julai)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan KKTM IKM dan MJII 2020 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, aplikasi online dan cara hubungi :

○ Semakan Keputusan KKTM MJII IKM 2020

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) adalah sebuah institut Pendidikan yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertujuan untuk melahirkan Belia Bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran.

Cara Permohonan KKTM MJII IKM Online

A. Melalui SPUPIM Online 

○ Tarikh Dibuka: 1 Ogos 2018

○ Tarikh Ditutup: 30 Oktober 2018

Permohonan perlu dibuat secara atas talian di laman web Permohonan Unit Pusat Institusi MARA di http://apponline.mara.gov.my/spupim/

B. Melalui Permohonan UPU Online

○ Tarikh Dibuka: 24 Februari hingga 31 Mac 2020

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi UPU http://www.upu.mohe.edu.my/

Syarat Kemasukan KKTM IKM MJII 2020

Antara syarat-syarat kemasukan KKTM IKM dan MJII yang calon perlu ikuti adalah seperti berikut :

A. Program Sijil

1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM)

2. Bumiputera

3. Warganegara Malaysia

4. Berumur 18 hingga 40 tahun

5. Sihat tubuh badan

6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

B. Program Diploma

1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM) atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA > 2

2. Bumiputera

3. Warganegara Malaysia

4. Berumur 18 hingga 40 tahun

5. Sihat tubuh badan

6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Nota : Untuk maklumat lanjut tentang syarat kelayakan dan bidang pengajian ditawarkan di KKTM, MJII & IKM, sila layari laman web Unit Pusat Institusi MARA di http://www.ekemahiran.edu.my.

Semakan Keputusan IPMA MARA 2020

Keputusan tawaran kemasukan ke IPMA MARA 2020 boleh dibuat secara online dijangka pada bulan September 2020.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di alamat:

Unit Pengambilan Pelajar
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 – 26134611/4612
No. Faks: 03 – 26914510

Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Institusi Pendidikan Mara (IPMA) ambilan 2020.

Leave a Reply

%d bloggers like this: