Semakan Keputusan Rayuan Pertukaran Matrikulasi 2024/2025 Online. Bilakah tarikh semakan keputusan rayuan pertukaran Matrikulasi KPM sesi 2024-25 bakal diumumkan? Panduan buat pemohon yang ingin ketahui semakan keputusan rayuan pertukaran (jurusan /kolej) Program Matrikulasi ambilan tahun 2024/2025. Untuk makluman anda, semakan keputusan rayuan pertukaran Matrikulasi KPM 2024 boleh dibuat secara online mulai 26 Jun 2024 (Rabu) jam 5:00 petang menerusi Portal Rasmi Matrikulasi.

Cara Semak Keputusan Rayuan Pertukaran Matrikulasi 2024 Online
1. Pemohon diminta melayari Portal Rasmi Matrikulasi KPM secara online menerusi pautan https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm atau ke https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/logmasuk.cfm
2. Klik pada butang “Semakan” dan klik “Semak Keputusan Penempatan”.
3. Masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. Klik pada butang “Masuk” untuk semakan keputusan rayuan anda.
Kaedah Pendaftaran Pelajar Baharu Matrikulasi
a. Pendaftaran pelajar baharu akan dilaksanakan secara dalam talian mulai bulan Jun 2024 (tertakluk kepada perubahan semasa).
b. Pelajar perlu mendaftar di laman sesawang kolej masing-masing.