Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2023 Online. Bilakah tarikh keputusan rayuan Matrikulasi 2023? Panduan buat pemohon yang telah membuat permohonan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi ambilan 2023/2024. Untuk makluman berdasarkan tarikh semakan rayuan Matrikulasi sebelum ini, keputusan rayuan Matrikulasi sesi baharu akan diumumkan pada 9 Ogos 2021. Bagi anda yang berjaya, anda perlu menghadiri pendaftaran Matrikulasi ambilan 2021/22.

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2023 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan rayuan Program Matrikulasi bagi calon yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Matrikulasi buat kali pertama :
Tarikh semakan : –
Semakan Tawaran Matrikulasi 2023/24
A. Secara Online
Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/system/permohonan/index.cfm.
B. Melalui SMS
Selain aplikasi online, pemohon juga boleh menyemak keputusan tawaran Matrikulasi melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Sila taip seperti berikut ;
○ Taipkan : MOE <jarak> MAT <jarak> NO KP dan SMS ke 15888
Maklumat Keputusan Rayuan Matrikulasi Berjaya
Bagi calon yang mendapat status berjaya dalam permohonan rayuan program Matrikulasi untuk ambilan kedua, calon dikehendaki mencetak dokumen-dokumen seperti di bawah. Dokumen tersebut boleh didapati di aplikasi Matrikulasi ;
- Surat tawaran
- Panduan pendaftaran pelajar
- Maklumat peribadi pelajar
- Akuan persetujuan ibu, bapa atau penjaga
- Borang perjanjian pelajar
Sebarang pertanyaan lanjut tentang kemasukan Matrikulasi boleh menghubungi di talian 03- 88844083/ 4035 atau emel ke mohon.matrik@moe.gov.my.
Semoga calon mendapat tawaran kemasukan ke Matrikulasi ambilan 2023/24.
BACA JUGA : Senarai Kolej Matrikulasi KPM