Semakan Keputusan Rayuan UPU 2025/2026 Online Lepasan SPM. Panduan buat calon yang membuat permohonan rayuan UPU ambilan 2025/2026 bagi lepasan SPM. Untuk makluman, pihak Kemasukan BPKP JPT telah memaklumkan keputusan rayuan boleh disemak bermula pada 25 Julai 2025 (Jumaat) bagi lepasan SPM. Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui aplikasi mobile UPUPOCKET. Bagi anda yang LULUS tawaran akan dapat mengisi kekosongan pelajar di IPT yang dikehendaki.

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2025/2026 Online Lepasan SPM
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan rayuan UPU untuk lepasan SPM ke UA/ Politeknik Premier termasuk memaparkan tarikh penting dan semakan online :
Tarikh Keputusan Rayuan UPU 2025-26
A. Lepasan SPM
Keputusan e-Rayuan Lepasan SPM : 25 Julai 2025
B. Lepasan STPM
- Keputusan e-Rayuan Lepasan STPM/ Setaraf Fasa 1: –
- Keputusan e-Rayuan Lepasan STPM/ Setaraf Fasa 2: –
Cara Semak Keputusan Rayuan UPU Online
A. Semakan Keputusan Rayuan UPU Online
Pemohon boleh membuat semakan rayuan UPU secara online dengan layari portal https://upu.mohe.gov.my/
Selain sistem online UPU, calon juga boleh menyemak keputusan di saluran alternatif menerusi laman web Universiti Awam seperti berikut :
- https://jpt.utm.my/
- https://jpt.uum.edu.my/
- https://jpt.unimas.my/
- https://jpt.ums.edu.my/
- https://jpt.umt.edu.my/upu/
NOTA: Sistem aplikasi semakan akan diaktifkan setelah tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan secara rasmi. Tempoh setuju terima tawaran bermula 26 Julai hingga 29 Julai 2025.

B. Semakan Keputusan Rayuan UPU Melalui UPUPocket
Semakan keputusan rayuan UPU boleh juga boleh dibuat menerusi aplikasi UPUPocket.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi di talian helpline UPU +603 8684 2363 atau emel ke upu@mohe.gov.my.
Tahniah kepada pelajar lepasan SPM yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA/ Politeknik Premier sesi 2025-26.


