Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline 2023/2024 Lepasan SPM Kemasukan UA. Panduan buat calon lepasan SPM yang telah membuat permohonan UPUOnline bagi kemasukan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Untuk makluman, semakan tawaran UPU sesi akademik 2023/2024 bagi kemasukan ke program pengajian Asasi, Sijil dan Diploma boleh dibuat bermula pada 7 Julai sehingga 16 Julai 2023. Semakan keputusan UPU boleh dibuat secara online di laman web rasmi UPU upu.mohe.gov.my atau melalui aplikasi UPUPocket.

Bagi calon yang berjaya anda dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan. Manakala pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan UPU melalui portal upu.moe.gov.my mulai 7 Julai sehingga 16 Julai 2023.
Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline 2023/2024 Lepasan SPM Kemasukan UA
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan UPU bagi lepasan SPM termasuk memaparkan tarikh penting, aplikasi semakan dan permohonan rayuan :
Sebanyak 205,972 permohonan bagi lepasan SPM diterima dan calon-calon ini terdiri daripada mereka yang layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke UA, IPG, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, Politeknik dan ILKA.

Cara Semakan Keputusan UPU 2023/24 Lepasan SPM
1. Pemohon boleh membuat semakan tawaran UPU dengan melayari di laman web https://upu.mohe.gov.my/
2. Selain sistem rasmi UPU, anda boleh layari saluran alternatif secara terus ke laman web universiti-universiti tempatan atau menerusi UPUPocket 2.0;
- https://jpt.utm.my
- https://jpt.uum.edu.my
- https://jpt.unimas.my
- https://jpt.ums.edu.my
- http://jpt.umt.edu.my
NOTA: Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 8 Julai hingga 16 Julai 2023 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 8 Julai 2023 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
Permohonan Rayuan UPU 2023/2024 Lepasan SPM
Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh membuat
rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik.
Rayuan ke Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah
melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline.
Permohonan rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU https://upu.mohe.gov.my/
Sebarang pertanyaan lanjut, terus hubungi di talian helpline UPU 03 – 8870 8200 atau layari ke portal rasmi rasmi UPU.
BACA JUGA : Semakan Keputusan Rayuan UPU 2023/24