UPUPocket Aplikasi Mobile Permohonan, Kemaskini dan Semakan UPU. Adakah anda pemohon kemasukan ke Universiti Awam/ Politeknik sesi 2020/2021? Berita baik buat anda pelajar lepasan SPM/ STPM & Setaraf yang membuat permohonan ke UA, Politeknik dan Kolej Komuniti menerusi Permohonan UPUOnline. Untuk makluman, kini pihak Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT telah membangunkan satu aplikasi mobile yang dikenali sebagai UPUPocket. Sistem UPUPocket ini disediakan untuk membolehkan pelajar lepasan SPM dan STPM memilih kursus yang tepat mengikut kelulusan dan kriteria permohonan masing-masing.
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi yang bertujuan untuk membantu para pelajar dan juga ibu bapa bagi mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
UPUPocket Aplikasi Permohonan, Kemaskini dan Semakan UPU
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang panduan menggunakan aplikasi UPUPocket untuk permohonan dan semakan UPU secara online :
Isi Kandungan Aplikasi UPUPocket
A. Semakan Status UPU
Pengguna atau pemohon boleh membuat semakan status UPU, status syarat kemasukan, keputusan dan juga rayuan permohonan.
B. e-Panduan
Dalam bahagian e-Panduan atau e-Guide diberikan informasi tentang syarat kelayakan kemasukan UA bagi lepasan SPM/ setaraf dan STPM/ setaraf termasuk TVET dan carian program.
C. Tarikh Penting
Aplikasi ini turut memaparkan tarikh-tarikh penting seperti permohonan UPU termasuk juga tarikh temuduga, semakan keputusan dan permohonan rayuan.
ARTIKEL BERKAITAN : Permohonan Rayuan UPU Ke IPTA & Politeknik 2020/2021
D. Alamat UA
Dalam bahagian ini akan dipaparkan senarai alamat Universiti Awam yang boleh dijadikan panduan buat pelajar untuk menghubungi.
Muat Turun Aplikasi UPUPocket Mobile
Bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi UPUpocket boleh memuat turun (download) menerusi PlayStore bagi Android manakala Appstore bagi platform iOS dan boleh juga dimuat turun di pautan rasmi UPU http://upu.mohe.gov.my/.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 8870 8200 atau boleh mengunjungi kaunter runding cara kami di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi.
BACA JUGA :