Semakan Keputusan YTP MARA 2021 Online (Youth Talent Development Programme)

Semakan Keputusan YTP MARA 2021 Online (Youth Talent Development Programme). Panduan buat pelajar lepasan SPM 2020 yang membuat permohonan Pinjaman Pelajaran MARA tahun 2021. Untuk makluman, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengumumkan keputusan tawaran YTP yang boleh disemak bermula pada 15 JULAI hingga 19 JULAI 2021. Semakan keputusan Youth Talent Development Programme (YTP) boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi myeduloan.mara.gov.my.

Semakan Keputusan YTP MARA 2021 Online (Youth Talent Development Programme)

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat untuk pelajar
cemerlang lepasan SPM 2020 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.

Semakan Keputusan YTP MARA 2021 Online (Youth Talent Development Programme)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Young Talent Development Programme (YTP) termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi semakan :

Tarikh keputusan : 15 Julai – 19 Julai 2021

Syarat Kelayakan Permohonan Program YTP

Antara syarat-syarat umum permohonan Program YTP seperti di bawah:

i. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
ii. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAIHITAM atau sedang dalam
tindakan undang-undang MARA.
iii. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2020 buat kali pertama.
iv. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana badan penaja/ agensi untuk pengajian dan peringkat yang sama.

Cara Semak Keputusan YTP MARA 2021

Pemohon boleh semak keputusan permohonan YTP MARA secara dalam talian menerusi laman web https://myeduloan.mara.gov.my/v2.

Bagi calon yang berjaya sila tekan terima atau tolak tawaran selewat-lewatnya pada 19 JULAI 2021.

Nota : Permohonan rayuan adalah tidak dibenarkan. Keputusan penawaran adalah
muktamad.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh disalurkan melalui emel ytp@mara.gov.my.

Leave a Reply