Semakan Status Permohonan HPIPT Selangor 2021 Online (Tarikh Bayaran)

Semakan Status Permohonan HPIPT Selangor 2021 Online (Tarikh Bayaran). Bilakah tarikh semakan status Hadiah Pengajian IPT? Panduan buat pemohon yang telah permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor tahun 2021. Untuk makluman, semakan status HPIPT Selangor 2021 boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web HPIPT https://hpipt.selangor.gov.my.

Semakan Status Permohonan HPIPT Selangor 2021 Online (Tarikh Bayaran)

Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi adalah merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang memberi bantuan RM1,000 khususnya kepada anak jati Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah. Pemohon yang layak adalah pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan dari peringkat peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Semakan Status Permohonan HPIPT Selangor 2021 Online (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi termasuk memaparkan aplikasi semakan dan cara bayaran :

Cara Semak Status HPIPT Selangor Online

Pemohon boleh buat semakan status HPIPT secara online menerusi laman web http://hpipt.selangor.gov.my/. Permohonan yang lulus atau gagal juga akan dimaklumkan menerusi emel yang didaftarkan oleh pemohon.

Cara Bayaran HPIPT Selangor 2021

Bagi permohonan yang telah diluluskan, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing dalam tempoh satu bulan dari tarikh permohonan yang telah lulus.

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim tentang HPIPT Selangor boleh layari ke pautan https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/index.php/faq

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian :

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 3 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS),
40503, Shah Alam Selangor
No. Tel: 03 – 55447385
No. Faks : 03-55104095 / 03-55110659
E-mel : hpipt@selangor.gov.my

Leave a Reply